awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah mengaku salah potong kemaluan suami di Jempol

Bernama
Bernama
28/01/2016
08:57 MYT
Suri rumah mengaku salah potong kemaluan suami di Jempol
Fatimah Abdullah, 51, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan memotong kemaluan suaminya, 20 Jan lepas. - Foto Bernama
Seorang wanita tempatan hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan memotong kemaluan suaminya, 20 Jan lepas.
Fatimah Abdullah, 51, mengaku bersalah di hadapan Hakim Sazlina Safie selepas pertuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan ke atas suaminya seorang peniaga warga Pakistan, Umar Rahman, 44, menggunakan pisau yang boleh menyebabkan kematian di kediaman pasangan itu di Jalan Beringin 3 Batu Kikir, Jempol pada pukul 1.20 pagi, 20 Jan lepas.
Sazlina menetapkan 22 Februari ini untuk menyampaikan hukuman sementara menunggu laporan perubatan suami tertuduh.
Di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, Fatimah boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zainudin, manakala Fatimah tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan seorang penjamin.
Topic Berkaitan
#Fatimah Abdullah
#kemaluan
#Kuala Pilah
#potong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan