awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suruhanjaya Tinggi Britain adakan upacara memperingati wira perang di Tugu Negara

Bernama
Bernama
14/11/2021
12:14 MYT
Suruhanjaya Tinggi Britain adakan upacara memperingati wira perang di Tugu Negara
Suruhanjaya Tinggi Britain pada Ahad menganjurkan upacara memperingati wira perang di Tugu Negara, yang pertama diadakan selepas acara itu tidak dianjurkan pada 2020 berikutan sekatan COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Britain pada Ahad menganjurkan upacara memperingati wira perang di Tugu Negara, yang pertama diadakan selepas acara itu tidak dianjurkan pada 2020 berikutan sekatan COVID-19.
Upacara tahunan itu dianjurkan bagi mengenang dan mengiktiraf sumbangan tentera British, Malaysia, Komanwel dan tentera antarabangsa lain yang berjuang dalam dua Perang Dunia.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi Britain upacara itu turut dihadiri Pesuruhjaya Tinggi, Duta dan Penasihat Pertahanan serta Atase dari beberapa negara di samping wakil Angkatan Tentera Malaysia dan Persatuan Veteran Malaysia.
Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Charles Hay dalam ucapan alu-aluannya berkata tahun ini menandakan tahun ke-76 sejak berakhirnya Perang Dunia II.
"Dalam mengenang mereka yang terkorban - anda akan dapati di Malaysia sahaja lebih 7,000 batu nisan di 35 lokasi berbeza. Mereka yang terkorban itu antaranya dari United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand, India, Nepal dan lain-lain. Ramai daripada mereka masih tidak dapat dikenal pasti," katanya.
Hay turut memberi penghormatan kepada orang awam yang terkorban ketika Darurat Malaya (1948-1960) dan Konfrontasi pada 1960-an.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Tinggi Britain
#upacara memperingati wira perang
#tugu negara
#COVID-19
#Bristih
#Malaysia
#komanwel
#perang dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan