Suspek penculikan dua wanita termasuk seorang warga China di sebuah resort di Pulau Timbun Mata, Semporna telah berkomunikasi dengan keluarga mangsa di China.
Memetik laporan AFP, seorang pegawai tertinggi keselamatan negara dilaporkan sebagai berkata penculik yang bersenjata itu telah menelefon keluarga mangsa, Gao Huayuan, 29 yang dipercayai telah dilarikan ke Pulau Jolo di Selatan Filipina.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek berkata bahawa penculik telah menelefon keluarga mangsa dari China namun enggan mengulas lanjut sama ada terdapat rundingan wang tebusan antara penculik dan keluarga mangsa.
"Mereka (penculik) telah menelefon keluarga mangsa dan kita berharap agar mangsa dapat kembali semula kepada keluarga mereka secepat mungkin," katanya.
BERNAMA pula melaporkan ESSCOM juga akan melancarkan operasi pemeriksaan ke atas chalet di pusat peranginan sekitar Semporna dalam masa terdekat bagi memastikan tiada pekerja asing di kawasan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSZONE).
ESSCOM, yang dibarisi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menambah kekuatan aset di Semporna bagi mengawal keadaan di kawasan itu.
"Kita akan menambah sebanyak kira-kira 30 peratus kekuatan aset kita yang membabitkan semua agensi dan digerakkan di perairan kawasan Semporna namun kita tidak mengabaikan soal keselamatan di kawasan lain di Esszone," katanya.
Sehingga kini, empat individu, termasuk tiga wanita telah ditahan bagi membantu siasatan terhadap kes tersebut.
Kumpulan militan Abu Sayyaf yang cukup digeruni dengan aktiviti penculikan rentas sempadan merupakan suspek utama dalam insiden penculikan pada Rabu lalu dimana dalam insiden itu seorang pelancong China dan pekerja resort warga Filipina yang dikenali sebagai Marcy Dayawan, 40 telah dilarikan oleh tujuh lelaki bersenjata yang menyerbu resort terapung berdekatan pulau tersebut.
Namun, pihak berkuasa di Malaysia percaya kedua-dua mangsa penculikan itu berada dalam keadaan baik.
Sementara itu, pihak berkuasa Filipina pula percaya penculik tersebut mempunyai kaitan dengan seorang "sub-komander" Abu Sayyaf yang dikenali sebagai Murphy Ambang Ladjia yang pernah terlibat dengan insiden penculikan 21 orang termasuk pelancong dari sebuah lagi resort di Sabah pada 2000.
20 tebusan yang diculik itu yang rata-ratanya terdiri dari pelancong asing dari Eropah dan lain-lain negara kemudiannya dibebaskan lima bulan kemudiannya, setelah dilaporkan membayar sejumlah besar wang tebusan.
Manakala, seorang lagi tebusan warga Filipina telah ditahan sehingga 2003.
Kumpulan militan Abu Sayyaf terdiri daripada hanyalah ratusan kecil anggota bersenjata namun mereka telah dipertanggungjawabkan dalam beberapa insiden keganasan di Filipina termasuk siri pengeboman dan penculikan yang lazimnya disasarkan kepada warga asing.
Difahamkan juga sekitar tahun 1990an, organisasi ini telah menerima pembiayaan dari 'tulang belakang' Al-Qaeda, Osama Bin Laden.
Astro Awani
Sun Apr 06 2014
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.