JOHOR BAHRU: "Saya tidak sangka suspek sanggup bunuh isteri dan bayi mereka kerana dia kelihatan baik dan tidak pernah menimbulkan masalah di kampung ini".
Demikian kata jiran kepada lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai mengelar leher isterinya yang baru habis berpantang dan bayi mereka berusia tiga bulan sehingga maut sebelum meninggalkan tempat kejadian dengan menunggang motosikal dalam keadaan berbogel, hari ini.
Menceritakan lanjut, Rosiamawati Ramli, 36, yang rumahnya berhadapan dengan kediaman suspek di Jalan Dewasa, Bakar Batu, di sini, mengakui amat terkejut dengan kejadian itu.
Katanya dia diberitahu oleh anak saudara mengenai kejadian berkenaan, namun tidak berani untuk melihat mangsa dari jarak dekat, kerana bimbang suspek akan kembali.
"Saya pandang rumah suspek dari atas, nampak isteri dan bayi sudah terbaring di depan rumah mereka dalam keadaaan berlumuran darah. Suspek ada pegang sesuatu, tapi saya tidak dapat lihat dengan jelas kerana tidak memakai kaca mata ketika itu.
"Selepas itu, saya nampak suspek berbogel menaiki motosikal dan meninggalkan rumahnya, saya terus hubungi ibu suspek yang berniaga (tidak jauh dari lokasi kejadian) untuk pulang ke rumah.
"Memang terkejut dan terketar-ketar tangan hendak tekan nombor telefon ibu suspek," katanya ketika ditemui di Jalan Dewasa Kampung Bakar Batu, di sini, hari ini.
BACA: Selepas kelar isteri, bayi 3 bulan sehingga maut lelaki berbogel naik motosikal
Jelas Rosimawati, suspek seorang yang sangat baik, malah pagi semalam suspek sempat membelanja kanak-kanak di kawasan itu bersarapan pagi di warung.
"Dia memang sebaik-baik manusia, tidak pernah kacau orang. Jika bertembung juga sering angkat tangan dan bertegur sapa.
"Memang tidak sangka dia boleh bertindak seperti itu sebab semalam baru sahaja dia sarapan di sini dan belanja budak-budak yang makan sekali di warung saya," katanya.
Sementara itu, seorang lagi jiran, Hairi Hanapiah, 53, berkata suspek memang seorang yang baik dan tidak mempunyai masalah pergaulan.
"Saya ada berbual dengan bapa suspek, bapanya cakap suspek juga tidak menunjukkan perubahan ketika mereka sekeluarga makan malam tadi.
"Memang terkejutlah sebab kita hari-hari lalu kawasan ini, memang kenal sekampung," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Polis, Raub Selamat berkata, mangsa, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayinya, Hans Mohd. Thakif Amir, ditemui maut di rumah mereka pada pukul 12.30 tengah hari tadi.
"Bertindak atas maklumat, pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) telah berjaya membuat penangkapan ke atas suspek lelaki tempatan yang berusia 24 tahun di Permas Jaya, dua jam kemudian.
"Suspek yang ditangkap dalam keadaan bogel menunggang motosikal seperti yang tular di sosial media. Turut dirampas adalah sebilah pisau pemotong daging dan sebuah motosikal berwarna merah," katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Mon Jul 04 2022
Polis berkata, suspek ditangkap menunggang motosikal dalam keadaan berbogel seperti yang tular di media sosial. - Gambar/ FB Alet Naim Nawawi
KLIA di ranking pertama prestasi global bagi kualiti perkhidmatan
KLIA berada di kedudukan pertama daripada 355 lapangan terbang yang disenaraikan dalam ranking Prestasi Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) Global.
AI perlu diguna lebih meluas dalam pembangunan bandar raya - Fadillah
Teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu digunakan dengan lebih meluas dalam pengurusan bandar raya.
Pasangan Singapura diburu selama 19 tahun ditahan SPRM
Sepasang suami isteri dari Singapura yang dikehendaki berkaitan kes rasuah di negara itu dan menjadi pelarian selama 19 tahun ditahan SPRM.
Banjir: Kerajaan hargai sumbangan swasta, korporat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri keti
Calon SPM maut dalam perjalanan duduki ujian bertutur
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.
Penduduk terkejut air banjir bertukar seperti darah
Seorang penduduk Kampung Telaga Bata di sini terkejut apabila banjir di kediamannya berwarna merah seperti 'darah', Ahad lepas.
Ibu Zarina Zainuddin meninggal dunia
Berita duka itu dikongsi Zarina di Instagram (IG) yang memaklumkan ibu tersayang menghembuskan nafas terakhir selepas waktu Subuh tadi.
Mahkamah Rayuan benarkan Najib hadir pendengaran adendum esok
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri prosiding pendengaran rayuannya yang dijadualkan petang esok berhubung kewujudan titah adendum.
Isu penipuan dalam talian: Platform media sosial perlu bertanggungjawab - Teo
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching memberitahu Parlimen, dalam tempoh 13 hari, terdapat 274 iklan di Facebook yang menyamar sebagai Jabatan Peguam Negara menggunakan AI.
Justeru Kerajaan mahu platform media sosial bertanggungjawab sekiranya penipuaan dalam talian berlaku memandangkan 'scammer' membayar platform tersebut.
Justeru Kerajaan mahu platform media sosial bertanggungjawab sekiranya penipuaan dalam talian berlaku memandangkan 'scammer' membayar platform tersebut.
1,125 kandungan lucah diturunkan MCMC setakat 1 Disember - Teo
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching memberitahu Parlimen, Kerajaan mendapati kandungan lucah diturunkan MCMC pada tahun 2022, sebanyak 186 meningkat kepada 1,125 setakat 1 Disember 2024.
Jelas Teo, kandungan berkaitan seksual kanak-kanak telah meningkat dari 34 pada tahun 2022 kepada 800 pada 2024.
Jelas Teo, kandungan berkaitan seksual kanak-kanak telah meningkat dari 34 pada tahun 2022 kepada 800 pada 2024.
Jenazah ibu, bayi mangsa kelar selamat dikebumikan satu liang
Dua beranak yang meninggal dunia dalam insiden kejam di Kampung Bakar Batu semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, jam 8.10 malam ini.
Suspek kelar bayi, isteri lepas pantang tidak pernah timbul masalah - Jiran
Jiran yang rumahnya berhadapan dengan kediaman suspek di Jalan Dewasa, Bakar Batu, mengakui amat terkejut dengan kejadian itu.