KUALA LUMPUR: Bahan letupan termampat (IED) yang ditemui di bawah kereta peguam dan aktivis sosial Siti Kasim adalah bom yang suisnya ditutup, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.
"Polis mengesahkan bahan letupan itu sempurna sifatnya sebagai bom. Ada suis, suisnya itu 'off' ketika kejadian itu dan sekiranya mahu aktifkan perlu dilakukan secara manual," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata siasatan polis juga mendapati bom itu dihasilkan oleh orang yang mempunyai kepakaran membuat bom buatan sendiri dan dipercayai mempunyai asas pengetahuan dalam bidang elektronik bagi membuat penyambungan litar pada IED berkenaan.
"Orang bertanggungjawab memasang bom ini, dia mempunyai ilmu dalam pembuatan circuit (litar) dan bahan letupan. Mengenai siasatan, kita masih cari petunjuk," katanya.
Katanya berdasarkan laporan pakar, antara komponen yang terdapat dalam bahan letupan itu adalah diesel, mercun, bateri, litar, wayar dan suis.
"Laporan Unit Pemusnah Bom Makmal Forensik, Cheras juga mendapati semua komponen yang ditemui adalah IED dan ia dikategorikan low explosive," katanya.
Mohd Shuhaily berkata polis merakam 13 keterangan saksi bagi membantu siasatan kes itu, yang terdiri daripada anggota polis, mangsa serta rakannya, mekanik, penasihat bengkel, pemilik bengkel, pengawal keselamatan mahkamah, Orang Asli dan anggota Jabatan Sukarelawan.
Mengenai kejadian Sabtu yang membabitkan lelaki yang dirakam mencabul seorang wanita di stesen LRT Maluri di sini sebelum wanita itu mendapat bantuan orang ramai, Mohd Shuhaily berkata lelaki berkenaan kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan polis akan menahannya selepas mendapat rawatan.
Sabtu lepas, Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan seorang lelaki yang dipercayai mengalami gangguan mental disyaki menceroboh trek LRT menerusi platform 1 ke platform 2 sebelum cuba mencabul seorang daripada wanita yang sedang menunggu tren di platform berkenaan pada 7.58 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023
Siasatan polis mendapati bom itu dihasilkan oleh orang yang mempunyai kepakaran membuat bom buatan sendiri. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nilai pasaran bintang JDT, Arif Aiman bakal melonjak
Dua gol jaringan Arif Aiman dalam aksi ACLE 2024/25 menentang Shanghai Port membuktikan kemampuan dimiliki pemain berusia 22 tahun itu di pentas Asia.
#AWANIRingkas 21 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi 21 September 2024
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan industri pelancongan kepada Wilayah Persekutuan
AWANI Pagi 7.30 pagi akan bersama Datuk Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, akan mengulas berhubung senario industri pelancongan di Wilayah Persekutuan serta strategi yang dilaksanakan dalam meningkatkan industri pelancongan di kawasan itu.
Perkembangan banjir di Kedah
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah terus meningkat setakat 6 pagi tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.
Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya selamat diijabkabulkan
Amira Aisya Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Luqman Long pada pagi Jumaat.
UNGA 79: Konflik di Palestin, isu kemanusiaan di Myanmar antara fokus kenyataan Malaysia
Menteri Luar Mohamad Hasan akan menegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme, keamanan dan kerjasama antarabangsa di tengah cabaran global.
Terenggganu keluar fatwa GISB sesat jika ada bukti jelas - Mufti
Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas.
Dua penduduk Gaza cedera dalam serangan udara rejim Zionis
Dua penduduk Gaza menjadi mangsa kekejaman Zionis apabila cedera dalam satu serangan udara di kawasan kejiranan Zeitoun, Gaza.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Bom di kereta Siti Kasim: Rakaman CCTV belum temukan petunjuk baharu
Semakan CCTV setakat ini tidak menunjukkan kenderaan milik Siti Kasim telah didekati mana-mana individu yang boleh disyaki.
Suspek kes bom pada kereta Siti Kasim ada kepakaran bahan letupan - Polis
Bahan letupan termampat (IED) yang ditemui di bawah kereta peguam dan aktivis sosial Siti Kasim adalah bom yang suisnya ditutup, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Ada bahan boleh sebabkan kebakaran pada botol disyaki IED - Ayob Khan
Ayob Khan berkata polis bagaimanapun masih menungggu laporan lengkap berhubung bahan letupan itu.
Kes Siti Kasim: Suspek dipercayai belajar cara buat bom di internet
PDRM tidak menolak kemungkinan suspek yang memasang bahan letupan termampat (IED) di bahagian bawah kereta Siti Kasim, mempelajari teknik membuat bahan letupan itu menerusi internet.
Bom kereta Siti Kasim: Polis rakam keterangan 9 saksi
Polis telah merakam keterangan sembilan orang saksi bagi membantu siasatan berkaitan kes penemuan bom buatan sendiri di bahagian tayar kereta milik peguam, Siti Kasim.
Penemuan bom di kereta Siti Kasim jenayah serius - KPN
Polis masih mengesan suspek yang meletakkan bom jenis Improvised Explosive Device (IED) di bahagian tayar kereta milik peguam, Siti Kasim.
Bom di kereta Siti Kasim: Polis rakam keterangan beberapa individu
Bom di kereta Siti Kasim: Polis rakam keterangan beberapa individu
Polis sahkan objek bawah kereta Siti Kasim bom jenis IED
Polis mengesahkan objek mencurigakan yang ditemui di bahagian bawah kereta aktivis dan peguam Siti Kasim adalah bahan letupan termampat (IED).
Siti Kasim dakwa objek menyerupai bom ditemui pada kereta
Aktivis Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim mendakwa terdapat objek menyerupai bom ditemui pada keretanya di Jalan Maarof, Bangsar di sini, hari ini.
Halang tugas pegawai JAWI pada jamuan transgender, pendakwaan rayu terhadap pembebasan Siti Kasim
Rayuan pendakwaan itu ditetapkan untuk sebutan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, Farah Azura Mohd Saad pada 5 Okt ini.