awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2025
04:45 MYT
Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan
Polis percaya berjaya menyelesaikan kes bunuh Norshamira (gambar kiri) dengan penangkapan suspek. - Gambar/ Sinar Harian
KUANTAN: Suspek pembunuhan peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37, yang ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis lalu, telah ditangkap awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek berusia 53 tahun itu ditahan jam 5.30 pagi di sebuah rumah, kawasan perumahan Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu pada Sabtu.
Menurutnya, tangkapan dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Pahang dan Terengganu.
"Susulan penahanan suspek, polis menemui dan merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.
"Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini (Sabtu)," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, polis percaya berjaya menyelesaikan kes bunuh berkenaan dengan penangkapan suspek.
"Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya.
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#Norshamira
#peniaga makanan
#Sultan Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan