awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes tikam teman wanita panas baran, terlalu cemburu - Bapa saudara

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2017
14:01 MYT
Suspek kes tikam teman wanita panas baran, terlalu cemburu - Bapa saudara
Mangsa selamat menjalani pembedahan jam 4.30 pagi tadi selepas mengalami kecederaan parah di perut dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil. -Gambar fail
Sikap panas baran dan kuat cemburu antara penyebab mangsa Hazwani Ismail, 23, memutuskan hubungan dengan suspek yang juga teman lelakinya.
Suspek menikam Hazwani beberapa kali di bahagian perut sebelum ditinggalkan di tepi jalan dekat Taman Serindit, Jalan Langgar, Alor Setar, lewat petang semalam.
Itu yang diceritakan bapa saudara mangsa, Mohd Zahir Osman, 43, ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) siang tadi.
Katanya, hubungan anak saudaranya dengan bekas teman lelakinya berusia 23 tahun itu sudah putus sejak dua bulan lalu kerana Hazwani tidak dapat menerima sikap panas baran dan cemburu suspek.
Menurutnya, kejadian itu berlaku sekitar jam 5.30 petang semalam selepas mangsa singgah di kedai runcit di tepi taman itu sebaik menghantar rakannya pulang ke rumah.
Bagaimanapun sebaik mangsa hendak masuk ke dalam kereta, suspek terus datang dan membuka pintu lalu menikam perut mangsa.
"Mereka bergelut, dan suspek menikam mangsa. Kesemua sekali tujuh tikaman, empat di perut dan dua di tangan. Ada juga luka di jari dan di lutut," kata Mohd Zahir.
Katanya, pasangan itu sudah berkenalan agak lama dan belajar bersama di Kolej PolyTech MARA, Alor Setar.
Mangsa selamat menjalani pembedahan jam 4.30 pagi tadi selepas mengalami kecederaan parah di perut dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Bagaimanapun mangsa masih trauma dengan kejadian itu dan enggan bertemu dengan sesiapa buat masa ini termasuk rakannya sendiri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pihaknya masih mengesan suspek yang menghilangkan diri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#teman wanita
#tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan