awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek khianat kediaman Ngeh Koo Ham disambung reman sehari lagi

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/01/2024
03:00 MYT
Suspek khianat kediaman Ngeh Koo Ham disambung reman sehari lagi
Anggota Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat menggunakan khidmat anjing pengesan untuk mengesan punca kebakaran sebuah kereta Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar. - Gambar fail Bernama
MANJUNG: Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes khianat kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham disambung sehari lagi.
Majistret Nurul Izalina Rajaai membenarkan lelaki berusia 30-an dilanjutkan reman selama sehari bagi membantu siasatan.
Suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan 12 Januari lalu dan direman lima hari sehingga hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap warna jingga tiba di Mahkamah Majistret Seri Manjung jam 8.50 pagi dengan menaiki trak polis sebelum keluar 40 minit kemudian.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.55 pagi Rabu lalu, sebuah kereta Mercedez Benz milik Ahli Parlimen itu musnah di samping turut menjejaskan sebuah Honda CRV dan Toyota Hilux dalam kebakaran di kediamannya di Lorong Semarak Jaya, Taman Semarak Jaya.
Polis tidak menolak kemungkinan kebakaran berlaku akibat perbuatan khianat susulan penemuan bahan letupan dipercayai molotov cocktail.
Koo Ham dan isteri yang ketika itu sedang tidur di tingkat atas kediaman terbabit sempat menyelamatkan diri selepas dikejutkan bunyi deringan loceng rumah yang dibunyikan berkali-kali oleh jiran mereka.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#molotov cocktail
#Ngeh Koo Ham
#kereta Ngeh Koo Ham dibakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan