NATIONAL
Suspek miliki 23 rekod jenayah cuba lari dari polis, rempuh dua kenderaan

Tindakan mencurigakan sebuah kenderaan di Jalan Tampin-Seremban awal Ahad membawa kepada penahanan tiga individu termasuk seorang daripadanya mempunyai 23 rekod jenayah lampau. -Sinar Harian
SEREMBAN : Tindakan mencurigakan sebuah kenderaan di Jalan Tampin-Seremban awal Ahad membawa kepada penahanan tiga individu termasuk seorang daripadanya mempunyai 23 rekod jenayah lampau.
Ringkasan AI
- Tiga individu termasuk seorang lelaki dengan 23 rekod jenayah lampau ditahan selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Tampin-Seremban awal pagi Ahad.
- Kejadian berlaku sekitar jam 1.20 pagi apabila kenderaan suspek dikesan dalam keadaan mencurigakan dan melarikan diri sebelum terbabas serta melanggar dua kenderaan lain.
- Polis menemui dadah jenis syabu dalam kenderaan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Pihak polis telah mengejar kenderaan suspek dari Jalan Tampin-Seremban sehingga ke Jalan Kajang sebelum kereta suspek terbabas dan melanggar dua kenderaan lain di kawasan perumahan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Terdahulu, beberapa video berhubung kejadian tular di media sosial termasuk gambar suspek serta keadaan kenderaan penduduk rosak dilanggar kereta suspek.
Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki bersama dua wanita berusia lingkungan 28 hingga 30 tahun di dalam kenderaan tersebut.
Ujarnya, polis turut merampas satu bungkusan yang disyaki mengandungi dadah jenis syabu.
"Semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai sebanyak 23 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan dan kesemua suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
"Kes siasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami