awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek pecah rumah jatuh dari bumbung ditahan polis Keningau

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
06/04/2022
04:59 MYT
Suspek pecah rumah jatuh dari bumbung ditahan polis Keningau
Katanya, siasatan lanjut mendapati lelaki itu mempunyai tiga kes jenayah lampau membabitkan kes dadah dan pecah rumah. - Foto ihsan pembaca.
KENINGAU: Tindakan seorang lelaki yang cuba melarikan diri selepas memecah masuk sebuah rumah gagal apabila dia ditahan selepas terjatuh dari atap rumah berkenaan di Taman MDK 2, Keningau malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan, Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya mendapat laporan kecemasan pada jam 9 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun katanya, suspek ditahan orang awam selepas terjatuh dari bumbung rumah terbabit dan diserahkan kepada pihak polis.
“Hasil pemeriksaan terhadap badan dan beg pinggang yang dipakai suspek menemukan beberapa barangan milik tuan rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.
Selain itu, siasatan lanjut mendapati lelaki itu mempunyai tiga kes jenayah lampau membabitkan kes dadah dan pecah rumah.
Katanya, saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Polis Keningau
#suspek pecah rumah
#Nor Rafidah Kasim
#positif dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan