awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek rogol pengantin baharu ditahan

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2019
12:14 MYT
Suspek rogol pengantin baharu ditahan
Suspek berjaya ditahan pada 20 Januari lalu selepas hampir 100 hari diburu.
Selepas hampir 100 hari diburu, suspek kes samun dan rogol membabitkan seorang pengantin baharu akhirnya diberkas.
Suspek berusia 27 itu ditahan di rumahnya di Kampung Lombong, Paka pada 20 Jan lalu pada pukul 11.30 malam.
Dalam kejadian pada 5 Okt lalu, mangsa, seorang surirumah berusia 30 tahun, terkejut dengan kehadiran suspek yang menceroboh masuk ke rumah sewanya di Paka di sini pada pukul 5.40 pagi.
Suspek yang tidak dikenali mangsa, memakai seluar dalam tanpa baju serta bertopeng sebelum mengajak mangsa mengadakan hubungan seks.
Apabila mangsa menolak ajakan suspek sambil berkata dia telah bersuami, suspek meletakkan gunting di leher mangsa.
Selesai merogol mangsa, suspek mengugut meminta barang berharga sebelum mangsa menyerahkan wang tunai RM200 dan sebuah telefon bimbit.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan baru beberapa bulan berkahwin dan tinggal bersendirian sementara suaminya bekerja di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.
"Mangsa mengecam suspek melalui kawad cam. Kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya," katanya.
Topic Berkaitan
#Paka
#Pengantin
#rogol
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan