awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek tembak Ketua Penguatkuasa JAIP antara 15 anggota 'Tuhan Harun' ditahan

Bernama
Bernama
09/12/2013
23:30 MYT
Suspek tembak Ketua Penguatkuasa JAIP antara 15 anggota 'Tuhan Harun' ditahan
Polis pada Isnin mengesahkan suspek yang menembak mati Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada 10 Nov lepas adalah antara 15 anggota kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' yang ditahan dalam beberapa siri tangkapan di seluruh negara baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan terperinci ke atas semua tahanan mendapati suspek yang sangat dikehendaki itu adalah seorang daripada mereka, dan pistol yang dirampas juga berpadanan dengan jenis senjata yang digunakan dalam insiden berkenaan.
"Pistol yang dirampas sudah disahkan menerusi ujian balistik digunakan dalam insiden itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Polis Bantuan Malaysia ke-25 di sini Isnin.
Ketua Penguatkuasa JAIP Mohd Raffli Abdul Malik, 49, ditembak mati oleh seorang daripada tiga suspek yang datang ke rumahnya di Kuantan, Pahang dan kes berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat itu.
Mengulas persidangan tahunan itu, Khalid berkata sehingga kini, hanya 19,980 kekosongan jawatan polis bantuan dipenuhi daripada 42,744 perjawatan yang diluluskan kerajaan.
Beliau berkata peranan polis bantuan sangat signifikan dalam membantu meringankan beban tugas Polis Diraja Malaysia melindungi kepentingan majikan, menjaga keselamatan nyawa, harta benda dan ketenteraman kawasan masing-masing.
"Statistik menunjukkan terdapat 157 agensi iaitu 25 agensi kerajaan, 25 badan berkanun, 35 syarikat berkaitan kerajaan, 65 syarikat swasta, pihak berkuasa tempatan (3), institusi pengajian tinggi awam (3) dan institusi pengajian tinggi swasta (1) yang mentadbir urus operasi polis bantuan.
Topic Berkaitan
#Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip)
#Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
#tembak
#Tuhan Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan