awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK

Suspek tetak rakan suka bazir air ditahan

Radhi Muslim
Radhi Muslim
24/03/2021
00:13 MYT
Suspek tetak rakan suka bazir air ditahan
Ketika cuba ditangkap, suspek dilaporkan turut bertindak agresif, namun berjaya diberkas oleh polis. - Gambar hiasan
KINABATANGAN: Pekerja ladang yang menetak rakannya kerana suka membazir air akhirnya berjaya ditangkap di kawasan ladang kelapa sawit di Ladang Melangking, Sukau, pada Selasa.
Lelaki itu diberkas polis kira-kira jam 4 petang, ketika bersembunyi di bawah timbunan pelepah kelapa sawit.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya menerima makluman suspek datang ke perumahan pekerja ladang meminta makanan sehari sebelum penahanan dilakukan.
Susulan itu, usaha mengesan suspek dipergiatkan ke kawasan berdekatan di mana suspek dilaporkan muncul.
“Setelah menjalankan pemeriksaan, penjenayah itu berjaya ditemui bersembunyi di bawah timbunan pelepah sawit.
“Semasa ditemui, lelaki itu tidak berpakaian dan masih lagi memegang sebilah pedang samurai yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa.
“Ketika cuba ditangkap, suspek dilaporkan turut bertindak agresif, namun berjaya diberkas. Senjata sepanjang 76 sentimeter yang digunakan juga dirampas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Mati dilibas dengan parang hanya kerana dituduh membazir air
Jenayah | Suspek tetak rakan suka bazir air ditahan
Menurut Dzulbaharin, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu pada Isnin, Astro AWANI melaporkan berita kejadian pergaduhan dua rakan serumah susulan masalah bekalan air sehingga salah seorang terbunuh.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Sabtu lalu, mangsa dilibas dengan senjata tajam oleh suspek di bahagian perut hingga menyebabkan kecederaan parah, sebelum meninggal dunia di Hospital Kinabatangan.
Topic Berkaitan
#mangsa
#suspek
#siasatan
#meninggal dunia
#polis
#membazir air
#Kinabatangan
#Dzulbaharin Ismail
#pelepah sawit
#sembunyi
#pedang samurai
#senjata
#gaduh
#pergaduhan
#rakan serumah
#bekalan air
#dilibas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.