awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek tikam dua wanita di Kelana Jaya direman tujuh hari - Polis

Bernama
Bernama
13/08/2024
07:04 MYT
Suspek tikam dua wanita di Kelana Jaya direman tujuh hari - Polis
Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang jurujual mengalami kecederaan kepala dan perut manakala seorang guru besar mengalami luka pada lengan dan tangan kiri akibat diserang. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suspek lelaki yang menyerang seorang jurujual dan guru besar sekolah dengan pisau rambo di tandas surau di Kelana Jaya Jumaat lepas direman tujuh hari.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata permohonan reman itu dibenarkan oleh Majistret Nur Natasya Mohtarudin pagi tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.
"Turut direman rakan suspek berusia 55 tahun yang merupakan tuan rumah lokasi suspek ditahan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu Shahrulnizam memaklumkan lelaki tempatan berusia 46 tahun itu ditahan 1.30 pagi tadi di sebuah rumah di Kajang.
Dalam kejadian 1.30 tengah hari di tandas sebuah surau di Kelana Jaya, seorang jurujual berusia 26 tahun mengalami kecederaan kepala dan perut manakala guru besar berusia 52 tahun itu mengalami luka pada lengan dan tangan kiri akibat diserang lelaki itu.
Kedua-dua mereka menerima rawatan di Hospital Shah Alam dan telah dibenarkan pulang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tikam guru besar
#pisau rambo
#tandas surau Kelana Jaya
#lelaki direman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan