NATIONAL
Suspek utama kes bunuh pekerja ladang sawit di Mukah ditahan

Suspek ditahan kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian dan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. -Facebook IPD Mukah
SIBU: Polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing yang merupakan suspek utama kes bunuh seorang pekerja ladang kelapa sawit di daerah Mukah, petang semalam.
Ringkasan AI
- Polis menahan seorang lelaki warga asing, suspek utama kes bunuh pekerja ladang kelapa sawit di Mukah, tiga hari selepas kejadian.
- Suspek ditahan kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian dan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. Senjata dan pakaian yang digunakan semasa kejadian turut dirampas.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mangsa, seorang warganegara Indonesia, maut akibat cedera parah di leher dan perut pada 15 Disember.
"Turut dirampas senjata dan pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian, dan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine," katanya.
Muhamad Rizal berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian 15 Dis lepas, seorang warganegara Indonesia maut selepas cedera parah di leher dan perut akibat ditetak dengan objek tajam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami