awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek utama kes bunuh pemilik telefon bimbit ditahan - Polis

Bernama
Bernama
18/07/2015
11:19 MYT
Suspek utama kes bunuh pemilik telefon bimbit ditahan - Polis
Polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang merupakan suspek utama kes kira-kira 7.50 malam semalam. - Gambar Hiasan
Dua termasuk seorang wanita ditahan berhubung kes pembunuhan seorang pemilik kedai telefon bimbit di Taman Melawis di sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Azman Abdul Razak berkata polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang merupakan suspek utama kes kira-kira 7.50 malam semalam di Taman Wira Andalas di sini.
"Sebelum itu, polis menahan seorang wanita di Taman Sentosa bagi membantu siasatan kes," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumaran Parathaman, 25, yang memiliki kedai telefon bimbit di Jalan Tengku Kelana di sini, ditemui dalam keadaan terlentang dengan kesan tikaman di bahagian dada dan perut di tepi Jalan Emas, Taman Melawis kira-kira 10.40 malam Khamis lepas.
Azman berkata berdasarkan siasatan, suspek mengaku terlibat dalam pembunuhan itu selain memberitahu pisau yang digunakan untuk menikam mangsa dibuang di sekitar Shah Alam.
"Suspek mengaku mengikut dan kemudian menahan mangsa yang menaiki motosikal sebelum berlakunya pergelutan...suspek mengaku menikam mangsa," katanya.
Topic Berkaitan
#bunuh
#polis
#Taman Wira Andalas
#Telefon bimbit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan