awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek yang menyerang Kamal Adli di Singapura akan dituduh esok

Bernama
Bernama
13/03/2023
15:57 MYT
Suspek yang menyerang Kamal Adli di Singapura akan dituduh esok
Kamal yang mengalami kecederaan terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di republik itu. - Foto Twitter @bernamadotcom
SINGAPURA: Seorang lelaki yang menyerang artis Malaysia Kamal Adli dalam kejadian di Singapura akan dihadapkan ke mahkamah pada Selasa (14 Mac).
Menurut Polis Singapura (SPF), lelaki berusia 33-tahun itu akan dituduh di mahkamah kerana "disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya."
"Jika sabit kesalahan, kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu," kata SPF dalam satu kenyataan malam ini.
Sebelum itu, SPF berkata pihak polis menerima panggilan tentang satu kes di Singapore Expo pada 9.19 malam hari Ahad (Mac 12) di mana suspek telah memukul seorang lelaki berusia 36 tahun menggunakan cota di lokasi itu.
"Cota itu dirampas dan dijadikan barangan kes dengan siasatan masih diteruskan.
SPF berkata ia mengamalkan toleransi-sifar terhadap apa-apa tindakan keganasan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.
Kamal, 36, yang mengalami kecederaan terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di republik itu.
Kamal dan isteri Uqasha Senrose berada di Singapura bagi acara Hari Raya Mega Sale 2023 selama tiga hari bermula Jumaat yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo.
Menurut Uqasha, kejadian berlaku di akhir acara itu tetapi tidak memberikan butiran apa yang menyebabkan suaminya itu diserang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#COTA
#penjara
#Hukuman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan