awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUV rempuh parkir gereja: 'Tiada unsur sabotaj, henti spekulasi' - Polis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/06/2024
03:30 MYT
SUV rempuh parkir gereja: 'Tiada unsur sabotaj, henti spekulasi' - Polis
Nahas melibatkan sebuah SUV yang hilang kawalan sebelum terbabas dalam kawasan parkir sebuah gereja di Petaling Jaya. - Foto PDRM
PETALING JAYA: Insiden sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang hilang kawalan sebelum terbabas dalam kawasan parkir Gereja St Ignatius, Jalan SS 25/23 dekat Taman Plaza di sini pada Jumaat lalu tidak melibatkan sebarang unsur sabotaj atau khianat.
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussein Sollehuddin Zolkifly mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
Beliau memberitahu, berdasarkan siasatan awal, pemandu berkenaan menyatakan dia tersalah jalan dan secara tiba-tiba kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas.
"Kemalangan berlaku hanya melibatkan kerosakan harta benda dan tiada individu lain terlibat dalam kejadian.
"Pemandu SUV berkenaan mengalami kecederaan ringan dan sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
M Hussein memberitahu, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurutnya, polis masih mengesan dan merakam keterangan saksi-saksi bebas berhubung kejadian.
Selain itu beliau memberitahu, sampel darah pemandu SUV berkenaan juga telah diambil dan diserahkan ke Jabatan Kimia untuk ujian alkohol dan dadah.
Kejadian kira-kira pukul 11.46 malam itu berlaku ketika lelaki berusia 30-an itu dalam perjalanan dari Subang Jaya ke Kelana Jana, di sini.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#gereja
#sabatoj
#khianat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan