awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia

Syarat jaminan bank kurangkan risiko penipuan umrah - MATA

Bernama
Bernama
22/01/2026
14:26 MYT
Syarat jaminan bank kurangkan risiko penipuan umrah - MATA
MATA menyambut baik saranan mengenai pelaksanaan mekanisme jaminan bank sebagai syarat mandatori kepada agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keperluan syarat jaminan bank boleh membantu jemaah umrah membuat pilihan agensi pelancongan dengan lebih berhati-hati, sekali gus mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) Datuk Mohd Khalid Harun berkata jaminan bank menyediakan satu lapisan perlindungan tambahan kepada jemaah khususnya bagi memastikan agensi yang dipilih mempunyai tahap keupayaan kewangan tertentu.
"Saya menyambut baik saranan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing mengenai pelaksanaan mekanisme jaminan bank sebagai syarat mandatori kepada agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah.
"Sebenarnya, di bawah akta sedia ada (Akta Industri Pelancongan 1992), pengendali aktiviti pelancongan outbound memang terikat dengan keperluan jaminan bank," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mohd Khalid berkata dalam landskap industri pelancongan masa kini, risiko penipuan semakin meningkat apabila sesiapa sahaja boleh membuka agensi pelancongan dengan hanya lesen ejen pelancongan dan dibenarkan mengutip bayaran daripada pelanggan tanpa had.
Menurut beliau, perkembangan teknologi dan revolusi digital turut menyumbang kepada peningkatan kes penipuan, termasuk penggunaan teknologi baharu untuk mengutip wang jemaah tanpa melaksanakan tanggungjawab sebenar.
Mohd Khalid berkata orang ramai turut diingatkan supaya tidak menjadikan saiz atau populariti sesebuah syarikat sebagai ukuran mutlak keselamatan, memandangkan terdapat kes syarikat pelancongan besar turut berdepan kegagalan operasi.
Sebelum ini, media melaporkan Tiong mengarahkan mekanisme jaminan bank dilaksanakan segera sebagai syarat mandatori kepada agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah.
Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan wang jemaah sentiasa dilindungi dan pampasan dapat disalurkan tanpa kelewatan sekiranya berlaku penipuan, kecuaian atau kegagalan agensi melaksanakan sesuatu pakej umrah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jaminan bank
#jemaah
#umrah
#MATA
#agensi pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.