awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat bumiputera digesa manfaat platform e-dagang

Bernama
Bernama
09/12/2017
20:22 MYT
Syarikat bumiputera digesa manfaat platform e-dagang
Syarikat Bumiputera digesa memanfaatkan platform e-dagang untuk lebih maju dan berdaya saing dengan komuniti perniagaan dunia. -Gambar hiasan
Syarikat Bumiputera digesa memanfaatkan platform e-dagang untuk lebih maju dan berdaya saing dengan komuniti perniagaan dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata melalui platform berkenaan, usahawan Bumiputera di negara ini boleh memasarkan segala produk yang dihasilkan untuk pasaran antarabangsa.
Beliau berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera haruslah "leapfrog" atau melangkau dengan lebih deras dan maju ke hadapan melalui platform tersebut yang mana Malaysia telah menjadi negara yang pertama di luar China untuk memperkenalkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).
"Melalui DFTZ, kita hendak menjual barangan tempatan melalui e-platform ke dunia luar," katanya dalam ucapan menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO 2017 di sini pada Sabtu.
Beliau berkata setakat ini kira-kira 2,000 PKS telah menyertai DFTZ itu.
Najib yang juga Menteri Kewangan pada 22 Mac lepas mengumumkan DFTZ sebagai hab baharu ekonomi digital, yang terdiri daripada tiga komponen menggabungkan zon fizikal dan zon maya.
Zon fizikal terdiri daripada Hab ePenunaian dan Hab Perkhidmatan Satelit, manakala zon maya terdiri daripada Platform e-Perkhidmatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DFTZ
#E-dagang
#e-Perkhidmatan
#ePenunaian
#Hab Perkhidmatan Satelit
#Najib Razak
#pasaran antarabangsa
#Perhimpunan Agung UMNO
#PKS
#Zon Perdagangan Bebas Digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan