SHAH ALAM: Sebuah syarikat pembinaan didenda maksimum RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah gagal memastikan keselamatan dan kebajikan pekerjanya sehingga menyebabkan seorang pekerja warga Indonesia meninggal dunia.
Hakim Rofiyah Mohammad menjatuhkan hukuman itu ke atas Syarikat HAB Construction Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya Haw Wei Sheng, 32, selaku orang kena saman (OKS) selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Rofiyah tidak membenarkan penangguhan bayaran dan memerintahkan denda itu dijelaskan hari ini.
Mengikut pertuduhan, syarikat itu sebagai majikan didakwa telah gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja kepada semua pekerjanya sebagaimana yang perlu semasa pengoperasian kren menara sehingga menyebabkan kemalangan pekerja ditimpa oleh struktur kren menara.
Syarikat itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di tapak cadangan pembangunan bercampur di Persiaran Multimedia, Seksyen 7, di sini pada 10.30 pagi, 2 Jan 2018 mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta dihukum mengikut Seksyen 19 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya.
Dalam kejadian itu mangsa Matrais, 38, telah meninggal dunia dan tiga lagi pekerja Sudami (Indonesia), 50, dan dua warga Bangladesh, Toffazal Hossain, 41, dan Raja Miah,33, mengalami kecederaan selepas kren tumbang di tapak pembinaan berkenaan.
Ketika rayuan, syarikat itu yang diwakili peguam Arif Asyraf Mohd Khairi memohon dikenakan denda minimum dengan alasan pihak OKS memberi kerjasama yang baik sepanjang perbicaraan berjalan.
"Atas rasa tanggungjawab, OKS juga telah membayar pampasan RM10,000 kepada pihak keluarga si mati serta urusan penghantaran jenazah ke Indonesia selain tiga yang lain turut ditanggung sepanjang menerima rawatan di hospital.
"Saya juga memohon, sekiranya mahkamah dapat menggunakan budi bicara memberikan tempoh waktu sekurang-kurangnya dalam minggu ini bagi pihak OKS menyempurnakan denda tersebut," katanya.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JPKKP) Selangor, Mohd Nizam Teh Kamaruddin memohon hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam selain kematian pekerja itu supaya memberi pengajaran kepada OKS serta majikan lain.
Dalam prosiding itu, pendakwaan turut dikendalikan Pegawai Pendakwa JPKKP Selangor Maizura Yusof dan Mohd Khairi Mohd Yatim manakala tertuduh turut diwakili peguam Mohd Khairul Brian dan Muhamad Syah Azlan.
Seramai lapan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan telah memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 22 April 2021 selain sebanyak 37 eksibit dikemukakan sepanjang kes itu berlangsung.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021
Hakim Rofiyah Mohammad menjatuhkan hukuman itu ke atas Syarikat HAB Construction Sdn Bhd. - Gambar hiasan
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
TNB tubuh pasukan siasat pekerja kontraktor maut dirempuh BMW
Siasatan berkenaan adalah selaras dengan dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan.
Majikan digesa pastikan keselamatan tempat kerja elak tragedi babitkan pekerja - JKKP Perak
JKKP Perak akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang.
Syarikat didenda RM50,000 gagal pastikan keselamatan pekerja
Hakim Rofiyah Mohammad menjatuhkan hukuman itu ke atas Syarikat HAB Construction Sdn Bhd.
90 peratus industri pembuatan sarung tangan patuhi perundangan keselamatan, kesihatan pekerja
Hanya enam daripada 105 syarikat yang diperiksa mempunyai tahap pematuhan yang kurang memuaskan.
PKPB: Sedia nak masuk semula pejabat? Ini normal baharu digariskan MKN
Di mana penjarakan sosial tidak boleh diamalkan, pekerja mesti menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai.
Malaysia sasar kelompok 20 terbaik dunia piawaian keselamatan pekerja
Piawaian keselamatan dan kesihatan pekerja di negara ini perlu berada dalam kelompok 20 terbaik dunia pada tahun 2050, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.