awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat produksi perlu mohon SPP khas bagi penggambaran dalam studio - Saifuddin

Bernama
Bernama
09/02/2021
19:57 MYT
Syarikat produksi perlu mohon SPP khas bagi penggambaran dalam studio - Saifuddin
SAIFUDDIN: Pemantauan berkala juga akan dilaksanakan di lokasi penggambaran oleh penguat kuasa Finas bagi memastikan pematuhan SOP (prosedur operasi standard) tidak dikompromi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Syarikat produksi perlu memohon kelulusan Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk kebenaran aktiviti penggambaran dalam studio tanpa penonton, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata selain permohonan SPP Khas, semua tenaga produksi yang terlibat perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dan keputusan ujian dikemukakan kepada Finas, tiga hari sebelum tarikh penggambaran.
Katanya permohonan boleh dibuat menerusi pautan www.finas.gov.my/english-permohonan-sijilperakuan-penggambaran-filem-khas-spp-khas/.
"Pemantauan berkala juga akan dilaksanakan di lokasi penggambaran oleh penguat kuasa Finas bagi memastikan pematuhan SOP (prosedur operasi standard) tidak dikompromi," katanya dalam kenyataan Selasa malam.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata SOP bagi aktiviti penggambaran di luar studio termasuk penganjuran acara secara langsung dan juga tayangan di pawagam sedang diperincikan dan akan dibentang dalam masa terdekat.
Beliau berharap penambahbaikan kepada SOP industri kreatif itu akan dapat membantu penggiat bidang berkenaan untuk terus berkarya demi kelangsungan sumber pendapatan mereka.
Jelasnya, SOP yang ditambah baik itu terpakai dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perinciannya boleh didapati di laman web Majlis Keselamatan Negara (www.mkn.gov.my) serta KKMM (www.kkmm.gov.my).
Kerajaan mengumumkan keputusan membenarkan sektor industri kreatif beroperasi mulai Rabu, merangkumi aktiviti produksi animasi/muzik, pascaproduksi di studio, pembangunan muzik secara digital, rakaman lagu di studio dan penggambaran praproduksi.
Turut dibenarkan penggambaran di studio merangkumi drama, telemovie, iklan, dokumentari, sitcom, livestreaming (penstriman langsung), rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPP khas
#syarikat produksi
#Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas
#FINAS
#Saifuddin Abdullah
#Majlis Keselamatan Negara
#ujian saringan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan