awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tadahan air di Gunung Jerai menyusut kesan cuaca panas

Bernama
Bernama
02/02/2024
08:20 MYT
Tadahan air di Gunung Jerai menyusut kesan cuaca panas
Tiga LRA terbabit ialah LRA Tupah, LRA Merbok dan LRA Gurun yang merupakan LRA dari jenis Headworks. -Facebook SADA
ALOR SETAR: Kawasan tadahan Gunung Jerai dekat Yan yang membekalkan sumber air mentah kepada tiga buah loji rawatan air (LRA) di daerah Kuala Muda, mengalami penyusutan air tadahan kesan daripada cuaca panas berpanjangan.
Syarikat Air Darul Aman (SADA) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan tiga LRA terbabit ialah LRA Tupah, LRA Merbok dan LRA Gurun yang merupakan LRA dari jenis Headworks.
Menurut SADA, LRA jenis Headworks beroperasi secara separa rawatan dan bergantung sepenuhnya kepada kualiti dan kuantiti air mentah semasa.
"Antara tindakan jangka masa segera yang diambil oleh SADA dengan menjalankan aktiviti pembersihan mendapan pasir di kawasan tadahan dan muka sauk LRA yang terkesan, bagi meningkatkan kuantiti air mentah untuk diproses.
"Selain itu, SADA turut menggerakkan lori tangki ke rumah-rumah yang terjejas dengan gangguan bekalan air secara berjadual, serta menempatkan tangki-tangki statik di kawasan strategik," katanya.
Menurut syarikat itu, langkah tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 54(3), Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) di mana SADA bertanggungjawab memastikan kelangsungan bekalan air terawat kepada pengguna.
Syarikat itu menasihatkan para pengguna agar terus berhemah menggunakan air bagi memastikan bekalan air terawat dapat disalurkan secara berterusan tanpa gangguan.
Tambah SADA, sebarang aduan atau pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian hotline 1300-88-0017 atau menerusi aplikasi WhatsApp 011-65210500 atau e-mel [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#loji rawatan air
#kawasan tadahan
#gunung jerai
#cuaca panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan