KUALA LUMPUR: Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM), membantah rancangan kerajaan untuk melakukan penahanan warga asing tanpa dokumen sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh.
Kenyataan bersama ahli parlimen pembangkang dan kerajaan itu menegaskan, tindakan kerajaan tidak boleh diterima apabila masih menganggap penangkapan dan pemenjaraan warga asing dapat mengawal pandemik COVID-19.
Mereka pada masa sama menggesa kerajaan mempertimbangkan semula cadangan itu selain terus fokus kepada usaha mengurangkan kepadatan penjara.
“Adakah anda lupa insiden gelombang ketiga yang berpunca daripada kelompok penjara di Sabah pada September 2020?’
“Adakah anda lupa lebih daripada puluhan ribu kes COVID-19 selama beberapa bulan lalu dan kini merebak di penjara seluruh negara, mengancam nyawa orang di penjara, kakitangan penjara, keluarga mereka dan masyarakat kita?
Dalam satu kenyataan, tindakan itu disifatkan sebagai tidak produktif untuk membendung penularan COVID-19 malah membahayakan masyarakat.
Kenyataan bersama itu dibuat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Nurul Izzah Anwar, Datuk Mohd Azis Jamman dan Liew Chin Tong.
Turut serta Pensyarah Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, dan peguambela dan peguamcara Karpal Singh & Co Sangeet Kaur Deo.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Polis Diraja Malaysia akan melancarkan operasi bersama bagi menahan pekerja asing tanpa dokumen dalam tempoh dua minggu sekatan pergerakan penuh.
BACA: Operasi besar-besaran pastikan pendatang tanpa izin divaksinasi - Hamzah
Astro Awani
Thu Jun 03 2021
Kenyataan bersama ahli parlimen pembangkang dan kerajaan itu menegaskan tindakan kerajaan tidak boleh diterima apabila masih menganggap penangkapan dan pemenjaraan warga asing dapat mengawal pandemik COVID-19. -Gambar fail
Jumaat pertama 2025 Johor cuti atau bekerja ditetapkan minggu depan - Exco
Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan, susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
Industri fesyen berkembang lebih maju ketika PKP dengan e-dagang
Penerokaan platform ekonomi digital atau e-dagang menjadi batu loncatan untuk membolehkan industri fesyen dapat bertahan serta berkembang di tengah-tengah pandemik COVID-19.
547 individu ingkar SOP ditahan dalam tempoh 24 jam - Ismail Sabri
Seramai 547 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar prosuder operasi standard (SOP) dalam tempoh 24 jam.
Kibar bendera atau tidak, bantuan tetap diberi - Shariffa Sabrina
Tanda pagar bendera putih berkibaran di alam maya dan di dunia realiti, kibarannya membawa makna adanya kepayahan dan keperitan yang tersembunyi.
COVID-19: R-naught negara meningkat 1.07, Pahang tertinggi dengan 1.24
Kadar kebolehjangkitan terendah yang dicatatkan sepanjang sekatan pergerakan penuh ialah 0.90 pada 12 Jun dan kini meningkat kepada 1.07, pada Sabtu.
COVID-19: R-naught negara pada paras 1.07, meningkat tujuh hari berturut-turut
Kadar kebolehjangkitan terendah yang dicatatkan ketika total lockdown ialah 0.90 pada 12 Jun dan kini meningkat kepada 1.07, pada Jumaat.
Tiada strategi keluar punca 'lockdown' berulang, terus berulang - Pakar
Ada negara yang melaksanakan 'lockdown' tanpa tindakan susulan yang wajar, iaitu tidak meningkatkan jumlah saringan.
Total lockdown boleh jejaskan kesihatan mental - Pakar psikologi
Ketua keluarga perlu bijak mengawal emosi supaya dapat berfikir dengan rasional sekali gus membantu mereka mengurus keluarga dengan lebih baik dalam tempoh sukar sekarang.
Melaka benarkan 250 jemaah solat Jumaat di 7 masjid
Melaka membenarkan 250 jemaah solat Jumaat bagi tujuh masjid kerajaan dan 100 orang di 188 masjid kariah dan institusi seluruh negeri, mulai esok.
Pakej PEMULIH dirancang rapi, menyeluruh - Pakar ekonomi
Pakej PEMULIH yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat dirancang rapi dan menyeluruh bagi memastikan tiada pihak yang tersisih dalam mendepani krisis COVID-19
COVID-19: Hospital Medan Labuan terima kumpulan pesakit pertama
Pesakit terbabit adalah dari pelbagai kluster aktif termasuk beberapa banduan dari Kluster Tembok Labuan di Pusat Koreksional Labuan.