awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan lokap IPD Semporna positif COVID-19

Bernama
Bernama
22/08/2020
13:09 MYT
Tahanan lokap IPD Semporna positif COVID-19
Warga Filipina berusia 29 tahun itu, yang ditahan di perairan Semporna pada 16 Ogos, menerima keputusan itu semalam, selepas lima hari menjalani saringan di Klinik Kesihatan Semporna. - Gambar hiasan
Seorang wanita yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna di sini, membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007, didapati positif COVID-19 semalam.
Warga Filipina berusia 29 tahun itu, yang ditahan di perairan Semporna pada 16 Ogos, menerima keputusan itu semalam, selepas lima hari menjalani saringan di Klinik Kesihatan Semporna.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.
Menurutnya, IPD Semporna serta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan penularan kes itu.
Difahamkan KKM selesai menjalankan proses nyah cemar di seluruh kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna terutamanya lokap yang menempatkan suspek wanita itu.
Dianggarkan lebih 100 individu termasuk tahanan lokap, pegawai dan anggota polis yang dipercayai menjadi kontak rapat wanita berkenaan perlu menjalani ujian saringan COVID-19.
Pada 16 Ogos lepas, PGA Batalion 14 (Kompeni B) menahan 10 individu disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran masuk ke perairan Semporna dari Filipina menggunakan sebuah bot. Sehari selepas itu kesemua tangkapan dibawa ke Klinik Kesihatan Semporna untuk menjalani saringan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IPD Semporna
#koronavirus
#lokap
#positif COVID-19
#Sabah
#Semporna
#suspek
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan