awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan lolos di Bidor: Seorang maut kemalangan, tiga lagi diberkas

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/02/2024
01:30 MYT
Tahanan lolos di Bidor: Seorang maut kemalangan, tiga lagi diberkas
Mohd Yusri memberitahu, tiga lagi tahanan etnik Rohingya berjaya diberkas dalam operasi yang dijalankan pihak polis dan imigresen. - Gambar fail
TAPAH: Seorang lagi tahanan lelaki yang meloloskan diri daripada Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis, maut dilanggar kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejadian berlaku di Kilometer (KM) 332.5, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah.
Ketika kejadian, lelaki etnik Rohingya itu dipercayai sedang berjalan kaki sebelum dilanggar sebuah kenderaan, dipercayai motor pikap.
Dalam pada itu, Mohd Yusri memberitahu, tiga lagi tahanan etnik Rohingya berjaya diberkas dalam operasi yang dijalankan pihak polis dan imigresen.
Menurutnya, seorang lelaki ditangkap di Felcra Jalan Kachu pada 9.45 malam tadi, hasil maklumat orang awam.
Tangkapan kedua dibuat jam 3.35 pagi ini di Kilometer 327 PLUS arah utara manakala tangkapan ketiga pada 3.55 pagi di Batu 2, Jalan Pahang.
Ia menjadikan jumlah yang berjaya ditahan semula meningkat kepada 54 orang setakat pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam Khamis, seramai 131 tahanan Depot Imigresen Sementara Bidor bertindak melarikan diri dari blok lelaki depot berkenaan.
Bagaimanapun seorang daripada mereka maut selepas terbabit dalam kemalangan di KM335 Lebuhraya PLUS arah utara lewat malam Khamis.
Topic Berkaitan
#tahanan lolos
#Imigresen
#Rohingya
#Depot Imigresen Sementara Bidor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan