awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
Menteri Luar Turkiye bertemu delegasi Hamas di Ankara, bincang pelan damai Gaza
JAS serbu tapak pelupusan haram susulan gangguan bau hangit di Johor bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan polis meninggal dunia di IPD Gombak

Bernama
Bernama
20/05/2021
20:50 MYT
Tahanan polis meninggal dunia di IPD Gombak
Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat dibawa kes Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang tahanan polis maut selepas mengalami sesak nafas semasa ditahan bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata suspek lelaki berumur 43 tahun itu dibawa ke IPD berkenaan bagi tujuan pendokumentasian.
"Suspek terdahulu ditahan pada 11.20 pagi di hadapan pos pengawal sebuah premis kilang di Taman Selayang Baru, Gombak.
"Suspek tiba di IPD Gombak pada 11.40 pagi dan semasa berada di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah IPD Gombak, suspek mengalami sesak nafas dan pihak polis telah menghubungi Hospital Selayang untuk bantuan kecemasan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Arifai berkata petugas ambulans Hospital Selayang telah tiba di pejabat JSJ IPD Gombak untuk memberikan rawatan kecemasan.
"Penolong Pegawai Perubatan Hospital Selayang kemudiannya telah mengesahkan bahawa suspek telah meninggal dunia pada 12.30 tengah hari tadi," katanya sambil menambah suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mempunyai sejarah rawatan penyakit jantung.
Menurut Arifai siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa kes Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suspek
#meninggal dunia
#tahanan polis
#siasatan
#pengawal keselamatan
#rekod lampau
#IPD Gombak
#Arifai Tarawe
#Gombak
#polis
#kilang
#pendokumentasian
#Hospital Selayang
#penyakit jantung
#Dadah
#jenayah
#mati mengejut
#Hospital Kuala Lumpur
#mayat
#ugutan jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan