Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Tahanan rumah Najib: 'Masih tiada perkembangan bayaran denda' - Peguam Negara

KAJANG, 21 Sept - Penjara Kajang menjadi tumpuan pengamal media susulan pengumuman Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Tinjauan BERNAMA hari ini, mendapati petugas Jabatan Penjara Malaysia melakukan sekatan di laluan menuju pintu utama penjara bagi mengawal pergerakan keluar masuk ke kompleks berkenaan. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Tinjauan mendapati pekarangan hadapan Penjara Kajang tenang dan terkawal. - Gambar/ Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Memasuki hari kelima pada Selasa, masih tiada tanda pergerakan keluar Datuk Seri Najib Tun Razak dari penjara untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Tinjauan Sinar Harian setakat jam 1 tengah hari mendapati pekarangan hadapan Penjara Kajang tenang dan terkawal.

Tiada pergerakan orang kenamaan, namun hanya terdapat pergerakan harian kenderaan logistik dan kakitangan Jabatan Penjara keluar masuk.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan, setakat hari ini bayaran denda sebanyak RM50 juta membabitkan bekas Perdana Menteri itu sebelum beliau dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah secara bersyarat, masih belum dilunaskan.

"Setakat ini, tiada lagi perkembangan mengenai bayaran denda.

"Jabatan Penjara juga dijangka mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan tahanan rumah beliau (Najib). SOP ini memperincikan aspek lawatan, kawalan serta pemantauan pergerakan," katanya pada Selasa.

Perkembangan kutipan Tabung Solidariti Najib Razak hanya dimaklumkan pada Sabtu lepas oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa jumlahnya sudah mencecah RM1 juta.

Namun, setakat Selasa, jumlah terkini masih menjadi teka-teki.

Najib, 73, sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement