awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahap 2 TIP: Tanda kemajuan ketara tangani isu pemerdagangan orang

Bernama
Bernama
19/06/2023
23:15 MYT
Tahap 2 TIP: Tanda kemajuan ketara tangani isu pemerdagangan orang
Rahmat berkata organisasi tersebut, memuji usaha bersepadu kerajaan dan semua pihak berkepentingan dalam meningkatkan kedudukan TIP negara. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Status Malaysia pada Tahap 2 Pemerhatian menerusi Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang (TIP) Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) 2023, menandakan kemajuan ketara dalam menangani isu pemerdagangan orang di negara ini, berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Justeru, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Prof Datuk Rahmat Mohamad berkata organisasi tersebut, memuji usaha bersepadu kerajaan dan semua pihak berkepentingan dalam meningkatkan kedudukan TIP negara.
"Langkah-langkah yang diambil kerajaan, mencerminkan komitmen yang kukuh untuk memerangi pemerdagangan orang dan mengiktiraf kepentingan untuk keluar dari Tahap 3, bagi mengelakkan sekatan eksport produk-produk tempatan," katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Sebagai organisasi yang komited dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia termasuk memerangi pemerdagangan orang, Rahmat berkata SUHAKAM tetap teguh dalam menyokong inisiatif yang bertujuan untuk membasmi jenayah tersebut.
Beliau menyifatkan kerjasama antara kerajaan, organisasi masyarakat sivil dan pihak berkepentingan yang relevan, penting untuk merealisasikan objektif Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Antipemerdagangan Orang 2021-2025 (NAPTIP 3.0), dan Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Buruh Paksa 2021-2025 (NAPFL).
Suhakam juga mengulangi saranannya kepada kerajaan, untuk meningkatkan usaha bagi menghalang, menerajui pembasmian pemerdagangan orang, penyeludupan migran dan memastikan perlindungan sepenuhnya serta bantuan kepada mangsa pemerdagangan dan penyeludupan di setiap peringkat.
Laporan TIP yang dikeluarkan 15 Jun, menunjukkan kedudukan Malaysia naik daripada Tahap 3 ke Tahap 2 Pemerhatian, sementara menyarankan agar Malaysia memberi penekanan kepada kes pemerdagangan orang yang melibatkan penjawat awam serta menambah baik kerjasama antara agensi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suhakam
#Tahap 2 TIP
#Rahmat Mohamad
#isu pemerdagangan orang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan