awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahap radiasi menara telekomunikasi rendah, selamat - Jailani

Bernama
Bernama
27/10/2014
07:34 MYT
Tahap radiasi menara telekomunikasi rendah, selamat - Jailani
Tahap radiasi daripada pancaran frekuensi radio (RF) amat rendah dan berada pada tahap selamat. -Gambar hiasan
Tahap radiasi daripada pancaran frekuensi radio (RF) direkodkan sekitar menara telekomunikasi di seluruh negara adalah amat rendah dan berada pada tahap selamat, Dewan Rakyat diberitahu Isnin.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata ujian dijalankan Agensi Nuklear Malaysia mendapati tahap radiasi daripada pancaran RF juga mematuhi Standard Mandatori bagi Emisi Elektromagnet (EMF) daripada Struktur Radio Komunikasi yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Ia tidak membawa risiko kesan kesihatan kepada masyarakat sekitar termasuk golongan warga tua dan kanak-kanak," katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing) yang ingin tahu sama ada kementerian membuat pemantauan berkala untuk mengukur tahap radiasi pencawang telekomunikasi termasuk yang dipasang di kawasan sekolah.
Jailani berkata ujian pensampelan di sekolah-sekolah di Perak, Johor dan Kuala Lumpur oleh Agensi Nuklear dan Kementerian Pendidikan juga mendapati kadar purata radiasi daripada pancaran RF adalah sekitar 0.0002 watt per meter persegi.
"Tahap ini adalah selamat dan mematuhi standard mandatori yang ditetapkan," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Jailani berkata setakat Oktober 2014, kadar penembusan telefon selular negara telah mencapai 143.7 peratus dengan 43.1 juta langganan.
Bagi tempoh sama, katanya kadar penembusan jalur lebar isi rumah Malaysia telah mencapai 67 peratus dengan jumlah langganan sebanyak 6.4 juta.
"Dengan ini, negara memerlukan 7.9 peratus lagi untuk mencapai sasaran 75 peratus penembusan jalur lebar isi rumah menjelang 2015," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Abd Latiff Ahmad
#frekuensi radio
#Parlimen
#radiasi
#RF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan