awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dijangka beroperasi semula Oktober ini

Bernama
Bernama
17/09/2017
02:45 MYT
Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dijangka beroperasi semula Oktober ini
Dalam kejadian 5.15 pagi itu, 21 pelajar berusia 6 hingga 16 tahun serta dua guru berusia 26 dan 25 tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut.
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini dijangka beroperasi semula selewat-lewatnya Oktober ini di bangunan baharu yang terletak tidak jauh dari bangunan yang terbakar tersebut.
Pengetuanya Mohd Zahid Mahmood berkata bangunan baharu itu kini sedang diubah suai.
"Bangunan itu juga akan diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mendapatkan sijil layak menduduki.
"Apabila semua proses itu selesai baru kesemua pelajar akan masuk semula untuk meneruskan aktiviti pembelajaran," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata kesemua 18 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun yang terselamat dalam tragedi awal pagi Khamis lepas kini bercuti dan bersama keluarga masing-masing.
Dalam kejadian 5.15 pagi itu, 21 pelajar berusia 6 hingga 16 tahun serta dua guru berusia 26 dan 25 tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut.
Pada sidang media malam tadi, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kebakaran berkenaan.
BACA: Akibat ejek-mengejek, pusat tahfiz dibakar
Beliau berkata polis percaya motif kebakaran pusat tahfiz itu adalah dendam yang berpunca daripada perbuatan ejek-mengejek antara pelajar tahfiz tersebut dan pihak luar.
Enam daripada tujuh suspek juga positif dadah.
Kesemua mereka yang tidak bersekolah direman selama tujuh hari sehingga 22 Sept untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beroperasi semula
#Jalan Keramat Ujung
#Oktober
#tahfiz
#Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
#terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan