KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan keputusan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor ke-19 merupakan satu keputusan yang tepat.
Nazri menjelaskan, keputusan melantik Onn Hafiz menerajui kerajaan negeri itu dapat merejuvinasi kepimpinan UMNO di Johor.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Johor yang baharu, Datuk Onn Hafiz dan saya kira ini merupakan satu keputusan yang baik.
"Pemilihan Onn Hafiz ini satu langkah yang baik dalam usaha merejuvinasikan kepimpinan UMNO di Johor dan perlu dicontohi negeri-negeri lain," katanya kepada Astro AWANI, di sini, hari ini.
BACA: Onn Hafiz angkat sumpah MB Johor ke-19
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Mohamed Nazri menjelaskan keputusan yang dibuat oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar adalah terbaik kerana ia dapat menarik sokongan orang muda terhadap UMNO.
KEPUTUSAN PRN JOHOR ADA DI SINI
Beliau juga berpendapat, memilih kepimpinan dari kalangan orang muda adalah satu langkah membuktikan sesebuah parti relevan kepada generasi baru.
"Sama ada sesebuah parti itu relevan kepada orang muda adalah dengan melantik kepimpinan yang dibarisi orang muda bukan menubuhkan sebuah parti baru bernama Muda," katanya.
Mohamed Nazri juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad atas sumbangan beliau ketika menjadi menteri besar dan menerajui kejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Johor yang lalu.
"Terima kasih kepada Hasni atas sumbangan beliau semasa menjadi menteri besar dan kita tidak boleh nafikan peranan yang dimainkan beliau ketika PRN Johor pada 12 Mac lalu.
"Sumbangan dan peranan Hasni merupakan antara kunci kejayaan BN mencapai kemenangan dua pertiga," katanya.
Onn Hafiz dipilih sebagai Menteri Besar Johor yang ke-19 dan upacara mengangkat sumpah telah dilaksanakan di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Irwan Muhammad Zain
Tue Mar 15 2022
Mohamed Nazri menjelaskan keputusan yang dibuat oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar adalah terbaik kerana ia dapat menarik sokongan orang muda terhadap UMNO. - Gambar fail
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
"Muhyiddin tak faham kebebasan bersuara Ahli Parlimen" - Nazri
Keputusan yang dibuat Johari itu bertepatan dengan semangat Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini, kata Nazri.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Rombakan Kabinet: Bukti kesungguhan kerajaan berdepan cabaran baharu dunia - Nazri
Keputusan mewujudkan Kementerian Digital dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam menandakan kerajaan sedar cabaran-cabaran baharu yang dihadapi negara.
WAF, jangan bercakap kalau tak tahu - Nazri
Tegas Mohamed Nazri, Wan Ahmad Fayhsal perlu memahami sama ada demarche (tata tindak) itu satu ugutan atau tidak bergantung kepada isinya.
Suara dan jiwa Kelantan di Washington D.C
Kedutaan Malaysia di Washington D.C menggenggam erat keindahan seni dan budaya dari Kelantan dan memperkenalkannya kepada khalayak.
Tidak mungkin Malaysia simpati kepada Israel, kata Nazri kepada AS
Mohamed Nazri menegaskan simpati Malaysia adalah hanya untuk Palestin.
Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri
Ucapan Anwar yang mengutuk sikap hipokrit PBB terhadap Palestin juga mendapat pujian banyak pihak.
"An Evening with Friends of Malaysia" usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS
Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz
Pemimpin yang sudah meninggalkan parti tidak lagi relevan untuk bercakap soal survival UMNO, tegas Nazri.
"Anwar jadi PM atas takdir Allah bukan iblis tolong" - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, Anwar dipilih sebagai perdana menteri kerana sudah ditakdirkan oleh Allah bukan pertolongan iblis.