awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahniah Pegawai Kadet Ahmad Yusuf!

Astro Awani
Astro Awani
07/06/2021
06:07 MYT
Tahniah Pegawai Kadet Ahmad Yusuf!
Ahmad Yusuf Ahmad Azani bersama Datuk Saadon Hasnan serta isteri selepas di Akademi Laut Amerika Syarikat (USNA), Annapolis, Maryland, Amerika Syarikat (AS) pada 28 Mei lalu.
KUALA LUMPUR: Empat tahun berjauhan dengan keluarga tercinta demi menggapai cita-cita, kini wira negara Ahmad Yusuf Ahmad Azani pulang ke tanah air dengan kejayaan yang membanggakan.
Berjaya menamatkan pengajian di Akademi Laut Amerika Syarikat (USNA), Annapolis, Maryland, Amerika Syarikat (AS) pada 28 Mei lalu, anak muda itu pulang dan akan menerima pangkat Leftenan Muda.
Menurut perkongsian di Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Majlis graduasi pegawai telah dihadiri Defence Attaché, Brig. Gen. Datuk Saadon Hasnan dan isteri.
Ahmad Yusuf bangga meletakkan Jalur Gemilang di tubuhnya semasa majlis berlangsung.
Ahmad Yusuf bangga meletakkan Jalur Gemilang di tubuhnya semasa majlis berlangsung.
Lepasan Maktab Tentera Diraja (MTD) telah mengikuti latihan di USNA sejak 19 Jun 2017 dan telah pulang ke tanah air dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Operasi Siber pada 4 Jun lalu.
Beliau kini menjalani kuarantin wajib selama 14 hari mengikut prosedur COVID-19 yang telah ditetapkan kerajaan.
Penerima hadiah Menteri Pertahanan 2016 itu akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM.
Beliau kemudiannya akan mengikuti Kursus Kelayakan Pegawai Eksekutif di KD Sultan Idris I pada bulan September ini.
Dalam pada itu, menerusi chicagotribune.com, Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris yang hadir pada majlis berkenaan dalam ucaptamanya memberi tumpuan kepada cabaran dalam menangani COVID-19, perubahan iklim dan ancaman siber sekuriti.
Majlis berkenaan dihadiri lebih 1,000 graduan dan 28 peratus daripada jumlah itu merupakan wanita.
Sementara itu, menerusi Facebook TLDM, Ahmad Yusuf turut menerima banyak komen ucapan tahniah daripada netizen.
Topic Berkaitan
#TLDM
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#USNA
#KD Sultan Idris I
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan