Tahun 2020 patut menjadi peringatan kepada semua rakyat Malaysia dalam menetapkan wawasan 20/20 yang sempurna tentang hala tuju negara yang mereka mahukan dengan bekerja bersama-sama kerajaan dalam usaha mewujudkan hasil dan imej positif untuk negara.
Dalam membuat gesaan itu, dermawan terkemuka Tan Sri Robert Phang berkata kesejahteraan sesebuah negara bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi juga warganegaranya menerusi komen dan hantaran dimuat naik dalam talian dengan memberikan input penting tentang bagaimana keadaan negara.
Aktivis berusia 81 tahun yang amat berpengaruh dalam kalangan masyarakat Cina itu berkata hantaran dimuat naik dalam talian akan sama ada memberikan imej positif atau salah tentang negara dan ini akan menjejaskan bagaimana tanggapan orang terhadap tahap kestabilannya, sama ada, akan menarik atau menakutkan pelancong dan pelabur.
"Oleh itu, adalah penting, mulai tahun ini dan seterusnya, rakyat Malaysia, khususnya netizen perlu berhati-hati dalam memuat naik hantaran dalam talian, perlu berhenti daripada menyebarkan khabar angin dan spekulasi.
"Apabila anda mendengar sebarang spekulasi, menjadi tugas anda untuk mendapatkan kebenaran dan tanya mana buktinya. Cadangan saya kepada semua orang adalah berhenti daripada membuat spekulasi, khususnya berhubung senario politik, jika anda tidak berhenti daripada berbuat demikian anda akan jadikan negara lebih teruk," katanya kepada Bernama.
Sebagai sebuah negara sedang membangun, Phang, yang juga pengasas dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial berkata, adalah penting bagi setiap rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan perdana menteri yang dipilih Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Beri beliau peluang untuk melakukan tugasnya. Kita telah sampai sejauh ini, kita mesti terus melihat kepada apa cara terbaik untuk maju. Jika anda melakukan sesuatu yang bodoh sekarang, seluruh dunia akan melihat kepada kita.
"Dalam apa juga keadaan, saya fikir rakyat Malaysia yang berfikir waras juga perlu menjadi amat berdaya tahan, perlu terus memberi sokongan kepada Dr Mahathir".
Phang berkata kerajaan perlu terus menunaikan janji-janjinya untuk mengekalkan kepercayaan rakyat.
Beliau berkata perdana menteri telah menempa nama yang baik di seluruh dunia selama 22 tahun sebagai perdana menteri keempat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 09 2020
Dermawan terkemuka Tan Sri Robert Phang berkata kesejahteraan sesebuah negara bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi juga warganegaranya menerusi komen dan hantaran dimuat naik dalam talian. Foto: Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk isu perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan.
Proton jual 13,362 kereta pada Okt 2021, peningkatan 1.6% berbanding 2020
Pencapaian itu melangkaui prestasi jumlah jualan industri (TIV) bagi pasaran automotif tempatan, yang telah menurun sebanyak 4.7 peratus.
Tokyo 2020: Cabaran Azizulhasni dan Shah Firdaus berakhir dalam acara pecut
Bagaimanapun kayuhan emas sebenar 'The Pocket Rocketman" akan dinanti dalam acara kegemarannya iaitu keirin yang akan memulakan saingan pada Sabtu ini.
Hala tuju pasca SPM: 'Ikut minat, jangan ikut rakan'
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 disaran mengenal pasti minat dan kemampuan diri sebelum membuat pilihan pendidikan di peringkat tinggi.
Pelaksanaan mandat, adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020
Pelaksanaan mandat dan adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020.
TNB jangka raih pendapatan lebih baik tahun ini
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangka mampu memperoleh pendapatan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas walaupun negara masih berdepan dengan situasi penularan pandemik COVID-19.
Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Calon duduki SPM 2020 cipta sejarah tersendiri
Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020 cipta sejarah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.
Lebih 6 juta ujian saringan RT-PCR, RTK Antigen dilaksanakan - Dr Adham
Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,332,554 merupakan ujian saringan RT-PCR yang dijalankan pada 2020.
2020 tahun paling buruk buat industri penerbangan, trafik global susut 75.6 peratus - IATA
Kapasiti tempat duduk setiap kilometer (ASK) turun 68.1 peratus dan faktor muatan jatuh 19.2 mata peratusan menjadi 62.8 peratus.