PUTRAJAYA: Putrajaya hari ini mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Tahun Baharu Cina 2022 yang lebih longgar berbanding tahun lepas termasuk berkaitan kebenaran acara makan keluarga ('family reunion dinner') dan aktiviti ziarah.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata acara makan keluarga pada 31 Jan ini dibenarkan bersama ahli keluarga dan saudara-mara, tidak seperti tahun lepas dihadkan hanya 15 ahli keluarga yang tinggal dalam jarak 10 kilometer radius.
Beliau berkata penganjuran rumah terbuka bagi perayaan itu bagaimanapun tidak dibenarkan tetapi resepsi Tahun Baru Cina dibenarkan melibatkan individu yang mendapat jemputan sahaja dengan 50 peratus kapasiti ruang.
Halimah berkata resepsi yang dianjurkan syarikat atau persatuan perlu dilakukan di dalam dewan atau restoran dan bukan di tempat terbuka serta sesi majlis tidak boleh dibuat secara berterusan seperti rumah terbuka.
"Resepsi hanya bagi mereka yang dijemput sahaja boleh hadir dan selepas habis aktiviti makan, tiada pusingan kedua," katanya dalam sidang media mengenai SOP Sambutan Tahun Baharu Cina 2022 bersama Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di sini hari ini.
Halimah berkata upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam pada 1 dan 2 Feb adalah dibenarkan dengan mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, selain sembahyang khas 'Hokkien Clan' pada 8 dan 9 Feb serta aktiviti keagamaan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam.
Sembahyang Chap Goh Mei di rumah ibadat pada 15 Feb juga dibenarkan mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, katanya.
Halimah berkata turut dibenarkan adalah persembahan tarian singa, naga dan harimau yang tertakluk kepada SOP industri kreatif.
"SOP disediakan demi keselamatan masyarakat dan penganut," katanya yang berharap perayaan itu disambut dengan kemeriahan dalam suasana selamat.
Sementara itu, Wee berkata SOP sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih longgar tidak seperti tahun lepas yang hanya disambut di rumah.
"SOP ini telah dibincangkan dengan teliti dalam tiga kali perbincangan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan," katanya.
Wee yang juga Presiden MCA berkata parti itu akan menganjurkan resepsi Tahun Baharu Cina tahun ini tetapi hanya melibatkan jemputan yang terhad.
Maklumat lanjut berhubung resepsi itu akan diumumkan Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon, katanya serta menambah MCA akan mematuhi SOP untuk memberikan contoh yang baik pada resepsi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 19 2022
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique bersama Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong ketika sidang media mengenai pengumuman SOP sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2022 di Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
JPJ Terengganu terima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya
JPJ Terengganu menerima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Lebih 17,000 saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing sepanjang Februari - JPJ
Sebanyak 17,762 saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing ketika pelaksanaan Ops Khas sempena Tahun Baharu Cina, sepanjang bulan ini.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Filem 'Money Not Enough 3' kaut RM13.86 juta penangan Tahun Baharu Cina
Money Not Enough 3 menampilkan gandingan tiga sahabat, Mark Lee, Henry Thia dan Jack Neo sendiri di samping penampilan Patricia Mok dan Xiang Yun.
Konsep mesra penjaja meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Melaka
Ab Rauf berkata sambutan CNY malam tadi merupakan manifestasi kepada nilai kesepaduan dan kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.
14 pemandu bas gagal ujian air kencing Op Khas musim perayaan
JPJ mengesan 14 pemandu bas terlibat dalam penggunaan bahan terlarang pada Op Khas Kenderaan Awam bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.
JPJ keluar 781 notis kepada warga asing dalam Op Khas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 781 notis saman atas pelbagai kesalahan terhadap warga asing di seluruh negara sepanjang 20 hari Op Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.
Kadar tambang bas ekspres eksekutif, ekonomi ikut jadual tambang - APAD
Harga tiket bas berbeza mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang.