awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga kuih akok lapan perisa rancang hasilkan produk sejuk beku
Semua pihak perlu main peranan angkat martabat sektor pelancongan - PM Anwar
Australia pantau rapi wabak virus nipah - Menteri Kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahun Baru Cina: JPJ pantau 29 terminal bas seluruh negara

Bernama
Bernama
04/02/2016
00:15 MYT
Tahun Baru Cina: JPJ pantau 29 terminal bas seluruh negara
Pemeriksaan dilakukan bagi mengelak kejadian tidak diingini ketika orang ramai pulang ke kampung halaman menggunakan bas. - Gambar fail
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuat pemeriksaan serta pemantauan di 29 buah terminal bas utama di seluruh negara sempena sambutan Tahun Baru Cina, Isnin ini.
Pengarah Penguat Kuasa JPJ Datuk V. Valluvan Veloo berkata pemeriksaan itu dilakukan bagi mengelak kejadian tidak diingini ketika orang ramai pulang ke kampung halaman menggunakan bas.
"Pemeriksaan adalah untuk memastikan pemandu mengikut kriteria yang telah ditetapkan selain memastikan bas berada dalam keadaan baik," katanya kepada pemberita dalam sidang media sempena Op Tahun Baru Cina di sini, hari ini.
Beliau berkata orang ramai boleh membantu JPJ mengesan salah laku yang dilakukan oleh pemandu bas yang tidak bertanggungjawab sepanjang perjalanan ke destinasi yang dituju.
"Orang ramai diminta menghantar gambar salah laku kepada JPJ dan kita akan ambil tindakan lanjut," katanya.
Dalam perkembangan lain, Valluvan Veloo berkata seramai 4,500 orang pegawai penguat kuasa bersama 500 orang anggota Skuad Muda 1JPJ akan melakukan rondaan di lebuh raya dan jalan utama di seluruh negara.
"Mengikut statistik dalam operasi yang dijalankan bermula 1 Februari lepas, sebanyak 1,220 daripada 6,000 kenderaan yang diperiksa telah dikenakan tindakan.
"Antara kesalahan tertinggi yang dilakukan adalah tidak memiliki lesen atau cukai jalan tamat tempoh," katanya.
JPJ juga akan melaksanakan Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan pada 6, 7, 13 dan 14 Februari, katanya.
Topic Berkaitan
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#JPJ
#salah laku pemandu bas
#Tahun Baru Cina
#terminal bas utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan