SHAH ALAM: Seorang lelaki tidak pernah menyangka bahawa takdir hidupnya akan berakhir di sebalik tirai besi.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Razali (bukan nama sebenar) tidak dapat menyembunyikan kesayuannya apabila terpaksa menyambut Aidilfitri tanpa insan tersayang di sisinya sejak dimasukkan ke penjara itu pada 2007.
Lelaki berusia 55 tahun itu berkata, tahun ini merupakan kali ke-18 dia menyambut Ramadan dan Syawal di tirai besi selepas didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi selama tiga tahun kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
"Keluarga dapat tahu saya ditangkap pada bulan puasa, lagi tiga hari nak raya. Saya dapat bayangkan penerimaan mereka masa tahu memang betul-betul kecewa dan sedih lebih-lebih lagi mereka dapat tahu pagi raya yang saya sudah tiga hari kena tangkap sebab tidak dapat hubungi dalam tempoh tersebut.
"Masyarakat juga beri tanggapan buruk kerana saya ditangkap dan mempunyai gelaran banduan sehinggakan anak-anak dan isteri saya terpaksa jual dan pindah ke rumah yang lain.
"Ahli keluarga banyak menyokong dan beri peluang kedua buat saya malah menjadi tulang belakang sepanjang berada di sini. Saya harap mereka tabah dan sentiasa berdoa supaya saya keluar satu hari nanti," katanya.
Mengulas lanjut, bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, dia telah mempersiapkan diri dan mentalnya sejak kali pertama melangkahkan kaki ke penjara itu dan menerima nasib atas kesalahan yang dilakukan.
Menurutnya, tiada yang mahu melalui pengalaman sebagai banduan akhir walaupun ada orang yang sanggup membayar dengan jutaan ringgit sekalipun.
"Saya pernah tengok sendiri kawan baik yang makan sama-sama dengan saya diambil untuk menjalani hukuman gantung dan ia menjadi motivasi dekat diri saya.
"Saya pesan dekat mereka bila saya menjalani hukuman gantung masa 'special visit' nanti, atur keluarga mana yang datang, saya nak anak-anak mandikan jenazah dan imamkan solat jenazah saya.
"Jadi banduan akhir ini memang ada tekanan, siapa yang boleh terima kalau hukuman kita ni akan pergi ke tali gantung, bukan semua orang boleh terima," ujarnya.
Tambah lelaki kelahiran Selangor itu, dia kemudiannya mendapat pengampunan daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 2017 dan dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat.
Razali berkata, dia mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk mempelajari kemahiran menjahit setelah ditugaskan untuk bekerja di bengkel berkenaan.
"Saya sebenarnya tidak ada asas dan memang tidak minat menjahit tetapi apabila ditugaskan, saya belajar dan akhirnya sekarang saya dah boleh buat baju.
"Kerja ini memang sinonim dengan perempuan tetapi saya fikir kalau mereka boleh, saya juga boleh dan akhirnya saya juga dah pandai jahit uniform untuk pegawai dan sebagainya malah baru-baru ini pun saya dapat tempahan 30 helai kurta dari luar," katanya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 09 2024
Tiada yang mahu melalui pengalaman sebagai banduan akhir walaupun ada orang yang sanggup membayar dengan jutaan ringgit sekalipun. - Gambar hiasan
'BNM dijangka kekalkan kadar OPR'
Standard Chartered Global Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada tiga peratus.
AWANI Ringkas: Kerajaan tidak benarkan syarikat Israel berada di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu jadi cabaran global - Ayob Khan
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu (NPS) yang semakin mudah diperoleh melalui internet, turut menimbulkan kebimbangan berikutan kesan serius terhadap pembangunan sosial dan ekonomi.
Hamil semasa musim haji... apa perancangan seterusnya? Ini saranan Tabung Haji
Risiko keguguran amat tinggi kerana di Tanah Suci, jemaah haji banyak berjalan dan berlaku pergerakan yang agresif.
Didakwa kembali rujuk dengan bekas suami, ini respons Puteri Sarah
Lebih menjengkelkan apabila segelintir pihak menggunakan berita palsu semata-mata untuk kepentingan diri.
Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron
Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.
Apple dilapor bakal ganti iPhone 17 Plus dengan iPhone 17 Slim
Laporan sebelum ini menyatakan iPhone 17 akan menggunakan skrin
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum lagi menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
Indonesia sokong pendekatan Malaysia bantu bangun 'peradaban' banduan Indonesia
Penjara bukan semata-mata tempat menghukum tetapi mentransformasikan ia sebagai institusi pendidikan yang memberi peluang kepada penghuni.
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
'Tahun ini kali ke-18, sambut raya di sebalik tirai besi'
Jadi banduan akhir ini memang ada tekanan, siapa yang boleh terima kalau hukuman kita ni akan pergi ke tali gantung?
Biskut resipi Tunku Azizah dihasilkan banduan laris dijual
Ramai sanggup mendapatkan pelbagai biskut yang dijual di penjara Bentong, biarpun harganya mahal kerana menggunakan bahan premium dan berkualiti tinggi.
'Tiada layanan istimewa kepada Najib'
Semua banduan diuruskan mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan
Penjara Kelantan bakal melahirkan lebih ramai penoreh getah profesional dalam kalangan banduan melalui latihan di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL).
Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin
Hantaran Mashouf mengenai sumbangan Hamza itu pantas menjadi tular dengan lebih 24,000 suka dan mendapat lebih 8,200 ciapan semula.
Lebih 20,000 banduan jalani program pemulihan dalam komuniti
Lebih 20,000 banduan di seluruh negara menjalani program pemulihan di luar tembok penjara bersama komuniti dengan pemantauan Jabatan Penjara Malaysia.
Myanmar beri pengampunan kepada 9,600 banduan
Myanmar pada Khamis memberi pengampunan kepada 9,000 banduan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-76 negara itu.
Presiden Sri Lanka beri pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Krismas
Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe memberikan pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Hari Krismas.