Pentas hiburan Hollywood tidak akan berseri andai tanpa pelakon jelita Naomi Watts. Boleh dikatakan Naomi sangat bertuah kerana setiap lakonannya menjadi bualan melalui watak yang disampaikan. Lakonannya cukup menyentuh perasaan. Tahun ini juga merupakan tahun yang menunjukkan kejayaan filem yang dilakonkannya.
Fesyen Naomi Watts tidak pernah menghampakan
Di karpet merah pula, Naomi sering menjadi perhatian setiap lensa. Tidak kurang juga dengan pengkritik fesyen yang menggemari penampilannya di karpet merah. Bergaya anggun dan tidak mengira potongan Naomi Watts mampu menyarung apa juga persalinan.