
Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. telah melancarkan Pusat 3S Nissan terbaharu mereka di Taiping sebentar tadi. Dengan itu, ia menjadi kemudahan 3S yang kedua dibuka pada tahun ini, dan yang ke-19 di seluruh Malaysia.
Pusat 3S Nissan ETCM di Taiping memiliki ruang binaan seluas lebih 17,846 kaki persegi. Ia terletak di lokasi strategik untuk memberi kemudahan kepada penduduk sekitarnya. Pusat sehenti ini menawarkan pelanggan kemudahan untuk memandu uji, membeli model-model terbaharu Nissan, servis kenderaan dan mendapatkan alat ganti untuk kereta Nissan mereka, semuanya di bawah satu bumbung.
Kemudahan ini telah menelan belanja RM800,000 untuk pengubahsuaian dan mempunyai ruang untuk mempamer sehingga lapan buah pelbagai model Nissan. Pusat servisnya pula mempunyai lapan ruang penyelenggaraan dengan kapasiti menyelenggara sehingga 30 buah kenderaan sehari.

Bagaikan sudah menjadi standard sekarang, pusat 3S ini dilengkapkan dengan sebuah ruang rehat dan ruang minuman, lengkap bersama ketersambungan WiFi serta sudut kanak-kanak.
Pusat 3S ETCM di Taiping terletak di Susur Simpang, Jalan Simpang, dan dibuka setiap hari hingga jam 5.00 (pusat servis), manakala bilik pameran di buka sehingga 7.30pm (Isnin-Ahad) dan 7.00pm (cuti umum).
dalam jangka masa terdekat, ETCM akan membuka sebuah pusat 4S di Glenmarie, Selangor.
Sehingga sekarang, ETCM mempunyai rangkaian ekstensif melibatkan 100 buah bilik pameran termasuk pengedar dan 60 buah Bengkel Tan Chong Express Auto Service (TCEAS) di seluruh negara. ETCM mensasarkan untuk memiliki 20 buah Pusat 3S di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun ini.
