KUALA LUMPUR: Berang tidak dapat melepasi palang tol kerana tidak mempunyai baki mencukupi pada kad Touch 'n Go (TnG) dipercayai punca seorang warga emas menghamburkan kata-kata kurang sopan dan mengugut jurutol seperti yang tular dalam video menerusi platform X baru-baru ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kejadian dipercayai berlaku selepas kereta dipandu suspek mahu melepasi Plaza Tol Segambut di Lebuhraya Duta - Ulu Klang (DUKE) pada 11.15 malam Ahad lepas.
"Suspek difahamkan marah selepas diberitahu pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad TnG atau kad debit, selain turut berkeras mahu menggunakan wang tunai," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini hari ini.
Rusdi berkata mangsa yang berusia 20 tahun telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan polis juga telah mengenal pasti seorang lelaki tempatan berumur 60 tahun dipercayai pemilik kenderaan terlibat.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara hingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100, jika sabit kesalahan.
Beberapa hari lepas, tular di platform X rakaman video dan gambar kereta yang dimuat naik seorang lelaki dipercayai ahli keluarga jurutol terlibat, yang tidak berpuas hati dengan kejadian terbabit.
Jurutol itu difahamkan akhirnya menerima wang tunai daripada pemandu kereta terlibat, memandangkan kereta itu telah terlalu lama berhenti di lorong tol.
Hantaran menerusi platform X itu turut mendapat reaksi polis dalam ruangan komen, yang meminta mangsa membuat laporan di balai berhampiran supaya tindakan dapat diambil.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Tangkap layar video tular yang dimuat naik seorang lelaki dipercayai ahli keluarga jurutol terlibat, yang tidak berpuas hati dengan kejadian terbabit. - Gambar/ Media sosial
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Perlu dapat kebenaran sebelum lepas spesies ikan dalam sungai
Individu atau kumpulan yang berhasrat melepaskan mana-mana spesies ikan air tawar ke perairan umum perlu mendapat kebenaran rasmi daripada Jabatan Perikanan Negeri Perak.
Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera
Kejadian pada 9 Mei itu mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
Klip pergaduhan pemain aksi Piala Belia 2024 tular
Isu keganasan sekali lagi mencemarkan imej bola sepak tempatan selepas tular klip video pergaduhan pemain yang dipercayai berlaku ketika perlawanan Kumpulan A saingan Piala Belia 2024.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Tular kes seludup di Forest City, kastam sahkan video lama
Jabatan Kastam menafikan berlaku aktiviti penyeludupan minuman keras di kedai bebas cukai di Forest City seperti video tular di media sosial.
Kuda terperangkap atas bumbung akibat banjir
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Lapan rakan bom ikan di Hutan Simpan Banding didenda RM7,000
Lapan rakan masing-masing didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Hutan Simpan Banding tanpa permit pada Mac lepas.
14 termasuk remaja bawah umur didakwa merusuh dengan parang, anggotai 'Geng 24'
Sekumpulan 14 lelaki termasuk tiga remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas kesalahan merusuh dengan senjata.