Warga emas itu ditemui selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pelangai di sini pada Sabtu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Menurutnya, peluang untuk mengundi tidak pernah dilepaskan sejak merdeka hingga kini.
"Rugi kalau tak mengundi, lagi pun badan masih sihat, jadi hari ini saya datang bersama isteri.
"Semangat tetap ada dan syukur masih berpeluang mengundi hingga kini," kata bapa kepada seorang anak dan memiliki empat cucu itu.
Ujar warga emas itu lagi, walaupun kini berdepan masalah penglihatan dan pendengaran, dia bersyukur kerana tidak berdepan masalah kesihatan lain. - Sinar Harian