awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak puas hati kena marah, pasangan kekasih 45 tahun ditahan rosakkan kenderaan

Bernama
Bernama
23/01/2023
10:25 MYT
Tak puas hati kena marah, pasangan kekasih 45 tahun ditahan rosakkan kenderaan
Kedua-dua suspek berusia 45 tahun itu ditahan malam tadi dan polis turut merampas objek yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu iaitu pemutar skru dan kunci kereta. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang kekasih disyaki merosakkan sebuah kenderaan di Taman Lembah Maju, Pandan Indah, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kedua-dua suspek berusia 45 tahun itu ditahan pada 11 malam dan polis turut merampas objek yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu iaitu pemutar skru dan kunci kereta.
Beliau berkata mangsa mendapati keempat-empat tayar kereta jenis Mercedes Benz-A200 miliknya telah dibocorkan, lampu belakang dipecahkan selain kesan calar pada seluruh bahagian kenderaan yang diparkir di hadapan rumahnya pada pagi Sabtu.
"Punca kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati dengan pengadu yang telah memarahinya.
"Kedua-dua suspek didapati positif ujian saringan awal air kencing bagi dadah jenis Benzo," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Farouk berkata lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau manakala suspek wanita mempunyai satu rekod jenayah.
Mereka direman hingga 26 Jan ini untuk disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasangan kekasih
#kena marah
#rosakkan kenderaan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan