KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad, Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS) memperkenalkan Bantuan IKHLAS Supreme Takaful yang boleh didapatkan bermula 1 Julai 2021.
Ia merupakan pelan perlindungan komprehensif bagi peserta yang menyertai pelan IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful dan IKHLAS Private Car Comprehensive Plus Takaful.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eddy Azly Abidin berkata, pelan itu akan merangkumi faedah komprehensif termasuk manfaat kemalangan, program bantuan kereta dan elaun kesulitan dengan sumbangan berpatutan dari takaful.
“Dengan sumbangan takaful yang sangat berpatutan, seseorang individu boleh menikmati pelbagai manfaat sebagai pelengkap kepada perlindungan takaful motor yang disediakan oleh Takaful IKHLAS.
“Terdapat empat pelan pilihan dan peserta boleh memilih untuk menyertai pelan Silver, Gold, Platinum atau Premium berdasarkan keperluan dan kemampuan peserta,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Eddy menambah, pelan tersebut juga menyediakan perlindungan manfaat kemalangan diri bagi pemandu dan penumpang meliputi perbelanjaan perubatan dan hospital.
“Sekiranya berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal akibat kemalangan pula, penuntut atau waris akan menerima manfaat kemalangan diri sehingga RM100,000 dan manfaat digandakan sehingga RM200,000 sekiranya kemalangan berlaku ketika cuti umum Malaysia.
“Bantuan IKHLAS Supreme Takaful ini turut menyediakan Program Bantuan IKHLAS Road Assist yang merangkumi perkhidmatan bantuan tunda 24 jam tanpa had akibat kemalangan dan kerosakan di jalan raya, perbelanjaan teksi, penginapan hotel serta manfaat kemalangan diri 24 jam di seluruh dunia,” katanya
Sementara itu, terdapat juga elaun kesulitan seperti bantuan kad kredit Islamik, bantuan pembiayaan pinjaman kereta Islamik, elaun untuk kerosakan atau kehilangan kereta.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.takaful-ikhlas.com.my atau melalui semua cawangan, ejen berdaftar atau e-mel kepada [email protected].
Ehsan A Marisah
Mon Jul 19 2021
Eddy Azly Abidin berkata pelan itu akan merangkumi faedah komprehensif termasuk manfaat kemalangan, program bantuan kereta dan elaun kesulitan dengan sumbangan berpatutan dari takaful. - Foto Takaful IKHLAS
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
Malaysia berupaya bantu negara jiran bangun produk kewangan Islam
Singapura misalnya, masih belum ada produk takaful yang patuh syariah tersedia, dan Malaysia boleh mengambil peluang berkenaan.
Industri takaful dijangka catat pertumbuhan stabil pada 2024 - Persatuan
Tahun 2024 akan memperlihatkan prestasi lebih baik, mencerminkan keseluruhan unjuran pengembangan ekonomi sebanyak empat peratus.
Industri takaful bayar RM8.74 bilion perlindungan pada 2023, umum pelan Hijrah27
Sejumlah RM8.74 bilion tuntutan perlindungan takaful dibayar oleh pengendali takaful sepanjang tahun 2023, meningkat 24.40 peratus berbanding tahun sebelumnya.
KWSP umum benarkan ahli guna Akaun 2 beli insurans untuk ahli keluarga
KWSP mengumumkan membenarkan ahli menggunakan dana dalam Akaun 2 mereka untuk membeli produk insurans hayat dan penyakit kritikal serta takaful untuk ahli keluarga terdekat.
Kesedaran terhadap perlindungan takaful, insurans rendah - Ahmad Maslan
Tahap kesedaranterhadap kepentingan memiliki perlindungan takaful dan insurans masih rendah.
TH Khairat usaha proaktif untuk ringankan beban pendeposit - Mohd Na'im
Ia juga menggalakkan umat Islam untuk menabung dan membuat persediaan awal dari segi kewangan.
Sun Life Malaysia rai ulang tahun sedekad dengan kempen '10 Years Brighter'
10 tahun memperkasa rakyat Malaysia penyelesaian insurans hayat dan takaful keluarga yang inovatif dan patuh Syariah.
Pengendali takaful perlu tawar produk sesuai untuk pekerja ekonomi gig - MTA
Mereka yang bekerja dalam ekonomi gig mempunyai skop tugas yang terdedah kepada bahaya dan risiko.
Industri takaful catat peningkatan sumbangan bersih 18 peratus - MTA
Industri takaful mencatatkan pertumbuhan sebanyak 18 peratus dan sumbangan bersih 23 peratus dalam bahagian pasaran, mencerminkan pertumbuhan kukuh industri itu pada 2022.