awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru

Taktik penyamun bakar mercun sebelum samun kedai emas gagal

Bernama
Bernama
18/01/2022
05:34 MYT
Taktik penyamun bakar mercun sebelum samun kedai emas gagal
ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki tempatan berusia 33 tahun itu ditahan di tempat kejadian selepas pihak polis menerima panggilan daripada orang awam. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Taktik seorang penjenayah membakar mercun untuk mengalihkan perhatian orang ramai sebelum cuba menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Taman Mutiara Rini, Skudai dekat sini, malam tadi gagal apabila beliau ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki tempatan berusia 33 tahun itu ditahan di tempat kejadian selepas pihak polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 10 malam tadi.
"Hasil siasatan awal, lelaki berkenaan yang tidak bersenjata telah membakar mercun di ruang tengah pasar raya, sebelum meluru masuk menuju pintu hadapan kedai ketika pintu shutter premis berkenaan yang sedang ditutup separuh sebelum terus ke tempat peti besi di belakang premis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dzulkhairi berkata lelaki berkenaan turut menumbuk pengurus wanita kedai berkenaan menyebabkan mangsa cedera di pipi kiri.
Polis turut merampas topeng muka, pemetik api, sepasang sarung tangan dan mercun.
Beliau berkata setelah disiasat, lelaki berkenaan didapati mempunyai tujuh rekod lampau melibatkan enam kes jenayah samun dan satu kes curi kenderaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan permohonan reman ke atas lelaki berkenaan akan dibuat hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#samun
#bakar mercun
#kedai emas
#polis johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.