awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Takwim persekolahan tahun ini tidak berubah

Isabelle Leong
Isabelle Leong
15/04/2020
09:24 MYT
Takwim persekolahan tahun ini tidak berubah
Dr Mohd Radzi berkata kementeriannya akan memberikan makluman berkaitan perubahan mengenai takwim persekolahan dari semasa ke semasa. - Gambar hiasan/Bernama
Takwim persekolahan tahun ini kekal seperti sediakala, kata Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Dr Mohd Radzi berkata kementeriannya akan memberikan makluman berkaitan perubahan mengenai takwim persekolahan dari semasa ke semasa.
“Berkaitan dengan penggal persekolahan, sebarang makluman mengenai hal ini kita akan maklumkan dari semasa ke semasa.
“Pada hari ini, jadual atau takwim kekal seperti mana yang sedia ada untuk penggal persekolahan,” katanya dalam satu sidang media di Putrajaya pada Rabu.
BACA: COVID-19: UPSR, PT3 tahun 2020 dibatalkan
Terdahulu, beliau berkata KPM membuat keputusan untuk mengubah tarikh peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
“Tarikh peperiksaan SPM dan SVM akan ditunda kepada suku pertama tahun 2021.
“Bagi calon STPM pula, tarikh peperiksaan Semester 2 diubah kepada Ogos 2020 manakala peperiksaan Semester 3 akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.
“Peperiksaan STAM juga akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#Dr Mohd Radzi Md Jidin
#Menteri Kanan Pendidikan
#Sijil Pelajaran Malaysia
#Sijil Sijil Vokasional Malaysia
#Sijil Tinggi Agama Malaysia
#Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
#SPM
#STAM
#SVM
#Takwim Persekolahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan