awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taman Rekreasi Wetland Ketereh dijangka siap dalam tempoh dua tahun - Exco

Bernama
Bernama
30/06/2024
23:15 MYT
Taman Rekreasi Wetland Ketereh dijangka siap dalam tempoh dua tahun - Exco
Hilmi berkata pembinaan taman rekreasi berkenaan telah dimulakan pada bulan lepas dan dibangunkan oleh Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. - Foto fail/Sinar Harian
KOTA BHARU: Taman Rekreasi Wetland Ketereh dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi melibatkan kos lebih RM12 juta, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Hilmi Abdullah.
Beliau berkata pembinaan taman rekreasi berkenaan telah dimulakan pada bulan lepas dan dibangunkan oleh Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.
"Fasa pembinaan taman rekreasi itu telah melepasi fasa pembinaan asas sekitar 20 peratus yang akan dilengkapi antaranya menara tinjau, Pulau Ketereh, trek joging, taman herba, taman buah-buahan tropika, kiosk dan tapak perkhemahan.
"Setakat ini, tapak-tapak asas telah siap dibina, insya-Allah ia akan mula dibuka kepada orang awam," katanya kepada pemberita pada Program Jelajah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sini pada Ahad.
Hilmi berkata taman rekreasi dengan berkeluasan 4.8 ekar itu juga dicadang untuk dibina dewan bagi tujuan majlis keraian, mesyuarat dan sebagainya.
Beliau berkata apabila taman rekreasi ini siap dibina, ia secara tidak langsung dapat memberi pendapatan kepada Majlis Daerah Ketereh sekali gus bagi mencapai sasaran untuk dinaik taraf menjadi sebuah Majlis Perbandaran pada tahun 2028 dengan jumlah pendapatan tahunan sebanyak RM20 juta.
Sementara itu, Hilmi berkata pihaknya kini sedang giat merangka plan-plan strategik untuk memastikan semua tempat pelupusan sampah di negeri ini diselenggara menggunakan kaedah terkini.
"Kaedah itu boleh memberikan imbuhan semula kepada PBT iaitu dikenali sebagai buangan kepada imbuhan yang dimulakan di tapak pelupusan Beris Lalang, Tumpat dan Tanah Merah.
"Setakat ini, tapak pelupusan sampah yang ada di negeri ini adalah mencukupi dan boleh menampung keperluan kutipan semasa bagi tempoh 20 hingga 30 tahun lagi, namun bergantung kepada cara dan kaedah penyelenggaraan sisa berkenaan," katanya.
Terdahulu, Hilmi telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM680,000 untuk Projek Kesejahteraan Rakyat dan sebanyak RM166,700 bagi pembelian tong sampah untuk Majlis Daerah Ketereh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taman Rekreasi Wetland Ketereh
#dijangka siap
#dua tahun
#Hilmi Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan