awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambang bas sekolah di Perak mahu dinaikkan tahun depan

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2015
12:09 MYT
Tambang bas sekolah di Perak mahu dinaikkan tahun depan
Kenaikan itu terserah kepada pengusaha bas sendiri sama ada mahu mengikutinya ataupun membuat rundingan bersama ibu bapa. - Gambar hiasan
Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Bumiputera Perak berkata tambang perkhidmatan bas sekolah di negeri itu mungkin akan dinaikkan sebanyak RM20 bermula tahun hadapan.
Pengerusinya, Ismail Yaacob berkata, bagaimanapun kenaikan itu terserah kepada pengusaha bas sendiri sama ada mahu mengikutinya ataupun membuat rundingan bersama ibu bapa.
"Kita kena akui, semua barangan sudah naik harga termasuk juga kos penyelengaraan bas. Kita jangkakan tahun hadapan akan naik RM20, tetapi kita serahkan budi bicara itu kepada pengusaha bas.
"Jika ibu bapa dan pengusaha bas buat rundingan untuk kekalkan harga atau hanya naik RM10 sahaja, itu terserah kepada mereka. Kerana kita pun faham dalam keadaan ekonomi begini semuanya tersepit," katanya ketika ditemui di Ipoh pada Selasa.
Namun Ismail memberitahu, walaupun terdapat kenaikan tetapi ia tidak setinggi berbanding negeri-negeri lain, khususnya di Kuala Lumpur.
"Kita sekarang secara puratanya mengenakan RM50 sahaja, di Kuala Lumpur boleh mencecah RM150 atau RM200. Kita memang naikkan betul-betul berdasarkan keperluan sahaja.
"Niat kita memang tak nak bebankan ibu bapa ini, bayangkan jika sesebuah keluarga mempunyai tiga orang anak, memang berat untuk mereka. Sebab itu kita mengambil keputusan, tambang itu memang naik, tetapi terserah kepada pengusaha dan ibu bapa sendiri tentukan mana yang baik," jelasnya lagi.
Pada Isnin, Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia mengesahkan akan ada peningkatan harga tambang bas sekolah mulai tahun hadapan kesan daripada tekanan kos akibat cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Kenaikan itu sudah tentu secara langsung akan memberi kesan kepada para ibu bapa khususnya yang bekerja.
Topic Berkaitan
#bas sekolah
#kenaikan
#kos sara hidup
#Perak
#tambang
#yuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan