GEORGE TOWN: Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB), selaku syarikat pe-ngendali perkhidmatan feri baharu Pulau Pinang, menawarkan diskaun 30 peratus kepada pengguna motosikal melalui pas bulanan mulai esok sehingga 30 Jun 2024.
PPSB, dalam kenyataan hari ini, mengumumkan kadar baharu tambang pas bulanan menerusi pendaftaran MyKad untuk pengguna motosikal adalah RM105 untuk 60 perjalanan iaitu bersamaan RM1.75 untuk satu perjalanan.
Pas bulanan semasa untuk pengguna motosikal adalah RM150 untuk 60 perjalanan bersamaan RM2.50 untuk satu perjalanan.
Sepanjang bulan ini, PPSB telah memantau dengan teliti komen dan kebimbangan orang ramai berhubung perkhidmatan feri Pulau Pinang.
"Sebagai tindak balas kepada maklum balas yang diterima, PPSB dengan pengesahan bersama Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan MMC Corporation Berhad (MMC) dengan sukacitanya mengumumkan satu inisiatif khas yang kami percaya akan memberikan keselesaan dan kemampuan kepada pelanggan feri kami," menurut PPSB.
PPSB memaklumkan a PPSB, PPC, MOT dan MMC memahami kepentingan menyelaras perkhidmatan feri dengan mod pengangkutan lain di Pulau Pinang.
Justeru, jadual perkhidmatan feri kini akan menyediakan perjalanan tambahan pada jam 11 malam setiap hari dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth.
"Pelarasan ini bagi menyelaraskan perkhidmatan feri dengan jadual tren perkhidmatan tren elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang tiba di Butterworth pada jam 10.22 malam.
"Ia akan memudahkan perjalanan pengguna bagi kedua-dua perkhidmatan awam itu," menurut kenyataan itu.
Minggu lalu, PPSB mengumumkan kadar tambang untuk perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang dikenakan kepada penumpang berkuat kuasa Khamis bermula pada harga serendah RM1 hingga RM2.50 sehala di PSAH dan Pangkalan Raja Tun Uda.
Tambang RM1 akan dikenakan kepada pejalan kaki yang berusia 12 tahun ke bawah manakala penumpang dewasa atau individu berusia 12 tahun ke atas dikenakan RM2 bagi sehala.
Selain itu, penunggang basikal yang menaiki feri juga akan dikenakan caj sebanyak RM2 manakala penunggang motosikal adalah sebanyak RM2.50.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023
Sepanjang bulan ini, PPSB telah memantau dengan teliti komen dan kebimbangan orang ramai berhubung perkhidmatan feri Pulau Pinang. - Gambar fail
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Lebih RM387 juta diperlukan untuk kerja pembaikan cerun runtuh
Lebih RM387 juta diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di 531 lokasi cerun runtuh yang dikenal pasti belum dibaiki di seluruh negara.
Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis
Maxis Bhd pada Jumaat mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.
Polis nafi keluarkan amaran halang Guan Eng naik feri
Polis Pulau Pinang hari ini menafikan mengeluarkan amaran menghalang bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng daripada menaiki perkhidmatan feri yang tidak lagi akan membawa kenderaan empat roda bermula esok.
Hanya orang 'Tanjong' dan 'Bagan' saja yang tahu sedihnya
Kalau operasi feri ni dihentikan atau tukar, memang sedih la.
Feri Pulau Pinang: Berbaloikah kekalkan nostalgia dengan kerugian RM24 juta setahun?
Tidak masuk akal apabila jika berdegil dan bertegas untuk perkhidmatan Feri Pulau Pinang dikekalkan semata-mata kerana rasa nostalgia.
Jangan bersedih! Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan
Perkhidmatan feri Pulau Pinang dilaporkan akan dihentikan bermula 1 Jan depan dan digantikan dengan bot penumpang laju
Bot laju ganti feri Pulau Pinang bermula 1 Januari 2021
Bot laju baharu yang akan diperkenalkan itu digunakan untuk membawa penumpang pejalan kaki sahaja.
Feri Pulau Pinang dinaik taraf tahun depan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberi komitmen bahawa projek menaik taraf sistem perkhidmatan feri Pulau Pinang akan mula dilaksanakan mulai tahun depan.
Isu feri: Kerajaan Pulau Pinang ulang tawaran ambil alih operasi
Kerajaan DAP Pulau Pinang mengulangi tawarannya untuk mengambil alih perkhidmatan feri di negeri itu dalam usaha mengelak masalah kenaikan tambangnya.
Sudahlah yang guna feri tu orang susah, kenapa nak naikkan tambang - Musa
Cadangan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) untuk menaikkan harga tiket feri dilihat bakal menyusahkan rakyat terutama golongan sederhana dan bawahan di negeri itu.
Tambang feri Pulau Pinang bakal naik?
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bercadang membuat semakan tarif bagi perkhidmatan ferinya.