awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tampar pemain: KPM sudah jumpa ibu bapa pelajar terlibat

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/01/2023
01:20 MYT
Tampar pemain: KPM sudah jumpa ibu bapa pelajar terlibat
Fadhlina Sidek menegaskan bahawa pihaknya memandang serius isu berkenaan yang melibatkan keganasan dan kebajikan pelajar. - Foto UKK/KPM
SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah mengadakan pertemuan dengan ibu bapa dua pemain pasukan bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang ditampar jurulatih, semalam.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pertemuan itu adalah bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insiden itu.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya memandang serius isu berkenaan yang melibatkan keganasan dan kebajikan pelajar.
"Kebimbangan kita adalah mengenai isu keselamatan dan kebajikan kanak-kanak tersebut, semalam kita sudah jumpa ibu bapa, dan kita juga sudah mendapatkan maklumat balas daripada mereka.
"Kita tidak akan bertolak ansur soal keganasan terutamanya terhadap pelajar kita," katanya selepas meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun, Kampung Jalan Kebun, Shah Alam, di sini pada pembukaan hari pertama persekolahan bagi penggal 3 sesi 2022/2023 di sini pada Selasa.
Sebelum itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal turut melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Kebun, di sini.
Fadhlina menambah, siasatan akan diteruskan khususnya berkait rapat dengan integriti dan tatatertib.
Beliau memberitahu, pihaknya menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka melaksanakan sesi kaunseling terhadap dua pelajar.
Ketika ditanya sama ada KPM akan membuat laporan berhubung isu itu, beliau berkata, kementeriannya tidak perlu menunggu sehingga laporan polis dibuat.
Sebaliknya, KPM menerusi bahagian integriti dan tatatertib boleh menjalankan siasatan.
Sebelum ini, sebuah rakaman yang menyaksikan seorang jurulatih menampar dua pemainnya pada satu kejohanan bola tampar tular dalam media sosial.
BACA: Video jurulatih tampar muka pemain bola tampar tular
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Tampar pemain
#KPM
#Fadhlina Sidek
#pertemuan
#PM10
#Tumpuan PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan