awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video jurulatih tampar muka pemain bola tampar tular

Sinar Harian
Sinar Harian
01/01/2023
10:43 MYT
Video jurulatih tampar muka pemain bola tampar tular
Jurulatih dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan. - Gambar/ Media sosial
SATU video memaparkan tindakan jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemainnya tular di laman media sosial.
Kejadian dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu.
Perlawanan penentuan tempat ketiga itu membabitkan pasukan Melaka menentang Johor di sebuah sekolah di Johor.
Dalam video yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan.
Kedua-dua pemain itu seperti tergamam namun tetap meneruskan permainan yang menyaksikan Melaka tewas kepada Johor.
Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Pekan Ramli menyifatkan tindakan jurulatih tersebut sebagai keterlaluan.
"Ia satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku terutama dalam kejohanan di peringkat sekolah.
"Menampar pemain depan pemain lain satu perkara yang memberikan kesan sangat negatif kepada pemain. Ini bukan budaya kita," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bola tampar
#jurulatih tampar
#pemain kena tampar
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan